Saturday, 8 November 2014

aktiviti kami #2

Meh sambung cerita haritu memandangkan cikgu telah menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Sebelum tu, aku nak bagitau yang aku sedih sebab...

... Johor kalah! Takpe lah, janji masuk final. Kesian kawan aku yang dok penat-penat pergi Stadium Bukit Jalil tu. Membazir duit untuk bayar minyak jaa. Nasib baik aku tengok bola kat rumah jiran jaa. Hanya membazir tenaga sahaja.

HARI ISNIN, 2 Oktober 

Haritu Cikgu Ermi dah bagitau keputusan pertandingan.
Cikgu bagitau awal-awal sebab cikgu kata, cikgu tengok kitorang macam tak serious, sambalewa (betul ke aku eja?). Lepastu cikgu kata, asyik muka yang sama je yang masuk banyak pertandingan. Tapi aku harap cikgu faham dengan budak laki 6C1 yang ada 10 orang je. Harapnya, janganlah cikgu marah 6C1 sebab kitorang malas nak ambil peserta import.

Junior MasterChef, 6C1 dapat no 2.
Bicycle Show, 6C1 dapat no 5.
Okei latu, asalkan TOP 5 laa!

Kitorang 6C1 memang target kalau boleh nak no 1. Tapi kalau takde rezeki, kitorang redha jelah. Asalkan TOP 5, alhamdulillah.

Berlakunya perlawanan bola jaring & bola sepak. Alhamdulillah, dua-dua pasukan 6C1 dapat masuk suku akhir.

HARI SELASA, 3 Oktober

Bola jaring & bola sepak dapat masuk final! Happy!
Bola sepak 6C1 kalah, lawan dengan kelas 6C3.
Bola jaring 6C1 menang, lawan dengan kelas 6C3.

Nampaknya, 6C3 merupakan pesaing 6C1 untuk bergelar JUARA KESELURUHAN.

FAKTA
Untuk pertama kali dalam sejarah, pihak majalah Kuntum datang sekolah!
Dapat majalah percuma edisi bulan Oktober 2014! 
Dapat jumpa maskot Si Comel!


HARI RABU, 4 Oktober

Lepas ni, aku nak cerita tentang pertandingan anyaman kertas.
Tapi aku taktau nak cerita pasal apa tentang pertandingan ni sebab masa tu aku ada kat bengkel KH, buat kerja kilang. Lol (aku malas nak bagitau apa yang aku buat kat bengkel sebab takde 'function' kalau aku bagitau)


Inilah hasil anyaman 6C1~
Gambar milik Sir Ariff


Pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu pun ada. Pertandingan ni dijalankan serentak dengan pertandingan anyaman. Sekali lagi aku bagitau, aku taktau nak cerita apa tentang pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu ni sebab masatu aku buat kerja kilang.


Ini peserta pertandingan melukis pemandangan di atas papan kayu, tapi bukan dari 6C1. Budak 6C1 punya peserta ada di belakang mereka.
Gambar milik Sir Ariff.


Entri kali ni macam membosankan sungguh. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang setia membaca setiap perkataan yang terpampang di entri kali ini tanpa melangkau satu perkataan pun.

Pada hari Rabu ni, ada berlaku berita baik bagi aku. Apa berita baik tu? 
Baca entri seterusnya~

Wassalam.

Saturday, 1 November 2014

aktiviti kami #1

Bismillahirrahmanirrahim. Freedom again!

Oh, terlupa. SDEA belum lepas lagi.
Kau jangan nak bermimpi lagi lah, Sabrina.

Hari ni, aku nak cerita pasal aktiviti kami. Siapa kami?
Kami ialah murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Minggu ni baru je lepas Peperiksaan Akhir Tahun bagi subjek yang tak teras. Khamis dah bebas. Sepanjang tahun 6 ni dah lepas periksa, cikgu buat banyaaaaak aktiviti. Happy gila!

Khamis lepas, pertandingan Masterchef dan Bicycle Show diadakan. Aku langsung tak join salah satu daripada pertandingan yang aku tulis tu sebab aku dah join pertandingan lain. Pertandingan apa yang aku masuk? Mana boleh bagitau -,- Nanti aku bagitau kat entri lain.

Aku nak cerita pasal pertandingan Masterchef dulu. Ini pertandingan memasak tauuu. Kelas aku, 6C1 masak Makaroni dengan Sos Carbonara (betul ke aku eja?). Taklupa juga dengan Kek Coklat bersama minuman Jus Oren.

Sadis, cikgu Faiz takde ambik gambar peserta memasak 6C1 T-T


Memandangkan 6C1 punya gambar tak ada, aku tunjukkan gambar jiran jelah. 
Peserta dari kelas 6C2~


Percaya tak, dalam banyak-banyak peserta perempuan yang sertai Masterchef ni,
Ada jugak yang peserta lelaki yang berani menceburi pertandingan memasak ni.
Dan peserta lelaki itu BUKAN dari kelas aku. Muahahahaha.



Meh, nak bagitau pasal Bicycle Show pulak. Jangan mimpilah ada peserta perempuan yang nak masuk pertandingan pameran basikal ni walaupun seorang sekalipun. Terasa mustahil pun ada.

6C1 membawa tema...

Jeng...
Jeng...
Jeng...
Tema Jalur Gemilang!

Terbaik gila budak laki 6C1 cari idea. Bravo, bravo. Dan aku lupa nak tanya kat laki 6C1 siapa yang kasi idea Jalur Gemilang ni. Huhuhu.


6C1 bicycle in progress. 
Kat sini terdapat kekeliruan, sama ada basikal yang digunakan ialah milik Izzat atau Luqman?
Dan akhirnya aku buat keputusan untuk tidak menjaga tepi kain mereka
untuk mengelakkan dirik dilanda gosip dan kontroversi. *merapu*


Maaf, yang basikal JDT tu bukan milik 6C1.
Basikal 6C1 tu yang ada Jalur Gemilang digantung, sebelah basikal JDT tu.
Sampai sini jelah cerita pada hari ini.
Actually, aku tengah merajuk sebab takdapat masuk pertandingan Rekacipta Elektrik. Kalau aku masuk pun, dalam kumpulan 6C1 tu aku sorang je yang perempuan nanti. Sekarang pertandingan Rekacipta Elektrik tu dalam mimpi jelah.

Takpelah, sekurang-kurangnya aku dah masuk pertang Tulisan Khat :D


Beria gila. 


Semua gambar yang dipaparkan adalah milik Cikgu Faiz. Maaf cikgu, saya mencuri tanpa sengaja. Harapnya cikgu tak kenakan tindakan disiplin kat saya.

Wassalam.

Wednesday, 22 October 2014

1/2 FREEDOM

Bismillahirrahmanirrahim

H, Ho, Hol, Holi, Holid, Holida, Holiday.

Aku rasa BEBAS. Aku rasa BEBAS. Aku rasa BEBAS!



UPSR dah lepas wehh!
Gembira? Mestilah! Harapnya takde UPSR versi ke-3 dan seterusnya -..-

FAKTA
Ini insiden hari terakhir UPSR versi ke-2. Tarikh, 30 September. Selepas aku keluar dari dewan peperiksaan (dewan ke? hurmm, setahu aku tempat aku ambil periksa tu tak macam dewan dan lebih kepada 'bilik' sebab tempat aku ambil periksa tu dalam kelas) , aku terjerit kecil. "UPSR dah habis! Bestnyaaa!" Aku terjerit sampai kawan yang se-bilik (ataupun sama pusat peperiksaan) tu cuit aku.

Nasib baik cikgu tak marah. LAGI bernasib baik aku takbawak tepung masa insiden tu.

Lepas kami (murid tahun 6 a.k.a. calon UPSR) berkumpul kat Sanggar Ilmu, cikgu suruh berkumpul kat dataran [atau lebih dikenali sebagai Persada Perpaduan]. Nak buat apa?


Selfie~
 By Cikgu Faiz. Kesian muka cikgu takdapat ditangkap oleh kamera 100% sebab kalau seluruh muka cikgu yang nampak maka takdapat lah kita melihat keseluruhan murid SKKM.

Satu lagi, tempat cikgu ber-selfie tu AMAT BERISIKO kerana cikgu mengambil 'selfie' tersebut di koridor.



Ini 'time' serious punya. Semua orang kena berdiri tegak dan takboleh buat sebarang gaya. Lenguh leher kena dongak ke atas jaa. Huhuhu.




Masa yang dinanti-nantikan. Kat gambar ni semua orang buat gaya bebas. Kau nak lindung kepala ke, nak lompat terkinja-kinja macam orang gila ke, buat tanduk kat kawan ke, kiranya semua gaya diterima. Tapi harapnya, jangan melampau sangat ye.

Kalau nak cari gambar saya, saya orang ketiga yang memakai baju berwarna ungu dari sebelah kanan. Cari kat gambar yang kedua tu warna bajunya 'clear' sikit. Tapi muka taknampak lah. Heheh.

Tak jumpa gambar saya? Padan muka!

FAKTA
Sebenarnya, bilangan asal murid tahun 6 SKKM (kali terakhir dikira semasa Ujian Percubaan UPSR) ialah 594 murid.
Tapi, berdasarkan status Facebook cikgu Faiz mengatakan bahawa 574 calon UPSR (dari SKKM) menunggu keputusan UPSR.

Jadi, mana hilangnya 20 orang murid Tahun 6? Takkanlah begitu ketara bilangan murid tahun 6 SKKM yang pindah sekolah? Saya pun taktahu. Wallahualam.



Mari tukar topik. Apa yang dimaksudkan dengan 1/2 FREEDOM?
Oh, sebab aku belum lepas ujian Sijil Darjah Enam Agama a.k.a. SDEA lagi. Bulan November kena tunggu. Sabar, sabar~

Waiting for 26 November 2014
(Hari Pengumuman Keputusan UPSR)

Filem: Hari Pengumuman Keputusan UPSR 2014
Tarikh: 26 November 2014
Pelakon: Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR serta ibubapa   atau penjaga & guru-guru.
Lokasi: Dewan setiap sekolah kebangsaan.
Penerbit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Wassalam. Jangan lupa untuk menonton filem tu~

Tuesday, 9 September 2014

1st day of UPSR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Seriously takde kerja. Taktau nak buat apa *walaupun ada banyaaaaaaaaaak lagi kerja di 'luar sana'*. Lagipun, aku rindu blog ni, hahahaa. Tak salah laa kalau aku tulis entri baru :P

Terharu.
Sebab ibubapa aku sanggup hantar aku ke sekolah hari ini T^T

Penat? Iyalah.
Pusat (tempat ambil peperiksaan) aku dengan Aras 1. Bayangkanlah, kalau 3 kertas aku ambil. 3 kali lah aku kena turun naik tangga. Waima, ada faedahnya juga. Siapa yang nak kurus tu, aku rasa laa, mesti impiannya tercapai *itupun kalau dia punya pusat peperiksaan di Aras 1*

Penat? Iyalah.
Balik pukul 4 petang wehh. Mengikut kiraan kasar aku, cikgu-cikgu dan murid-murid tahun 6 akan berada di sekolah selama 9 JAM. Waima, ada faedahnya juga. Kebanyakan ibubapa murid tahun 6 memberi kelepasan bagi anaknya untuk tidak bersekolah agama selama 5 HARI *kiranya seminggu lah tu*. Siapa yang taksuka sekolah agama tu, mesti gembira tahap maksima.

Aku? Sedih. Sebab aku baru je nak kekalkan rekod 12 hari takdatang sekolah agama. Habislaa aku, tak pasal-pasal jumlah hari yang aku tak datang sekolah agama jadi 17 HARI. Sadis.

Enjoy. Enjoyy. Enjoyyy.

Lagi satu, aku dah terjangkit penyakit Acu aku
= menganggap UPSR sebagai peperiksaan biasa

Aku suka penyakit tu, hahahaa. Sebab aku taklah rasa takut dan gementar sangat nanti masa UPSR.

Apapun, happy la juga masa 1st day UPSR ni. Dah tak banyak benda yang aku nak cakap kat sini. Sebab esok aku nak ambil UPSR lagi. Okeilaa. Wassalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehari sebelum UPSR...
*sesi matapelajaran BM*

Farhana : Cikgu, apa maksud 'CIPLAK'?
Cikgu : Ciplak tu, maksudnya meniru.
Aku : *jeling*

Farhana memang sengaja nak kenakan aku tu. Kerana perkataan CIPLAK tu menjadi 'tagline' aku sehingga menjadi bahan ciplak-an kengkawan aku. Sabarrr.

credit to nurel

Saturday, 6 September 2014

3 days left before UPSR

Bismillahirrahmanirrahim.

I dunno laa kalau ada several my friendz takut dengan UPSR ni.

Tokseh nak takut. UPSR tak makan orang. UPSR tak bunuh orang. UPSR bukan pencuri, peragut, perompak dan seumpamanya. So, buat apa nak takut?

Mak aku pun suruh relaks je. Mak aku kata lagi, takyah belajar kat rumah. BELAJAR DI SEKOLAH & TUSYEN jaa. Enjoyy!

Tapi kadangkala, aku sendiri yang ada feel nak belajar kat rumah. Kiranya 'belajar tanpa paksaan' laa, kott.

Dan yang best pasal nak dekat dengan UPSR ni, mak asyik masak sedap-sedap untuk aku. Katanya, nak buat aku gembira sebelum menghadapi UPSR. Hancur rancangan aku nak jadi kurus, haha T^T Yang peliknya, mak aku kata aku dah memang kurus. Err --"

Ini adalah FAKTA.
Ketika semua calon UPSR sedang bersuka ria,
guru-guru pula risau tak terkata.

Aku ikut pandangan mak aku = UPSR itu seperti peperangan.
Tapi aku sendiri tak faham dengan maksud peperangan itu sendiri. Tunggulah suatu hari aku akan rungkaikan misteri. *apakah?*


Sejak akhir-akhir ni, ramai kawan-kawan aku tanya,
"Sabrina, macam mana cara awak belajar?"

Seriously, itulah soalan yang paling susah mengalahkan soalan Sains UPSR tahun 2007 soalan nombor 25. Entahlaa, aku belajar macam diorang juga. Buat soalan. Buat latihan. Tapi bab baca rujukan, aku tak buat laa. Sebab aku malas, melainkan kalau ada perasaan nak membaca ataupun topik dalam buku rujukan tu menarik. Heheheh.

Satu lagi, belajar biar kerana Allah.


"Sabrina, apa persediaan awak menghadapi UPSR?"

Study. Study. Study. That's all.
Lagi satu, belajar ikut mood. Tapi aku rasa, kebanyakan orang takkan belajar ikut mood kerana mereka langsung tiada mood untuk belajar -,-"

Jangan lawan kata ibubapa.
Jangan lawan kata guru.
Jangan lawan kata kawan.
Eh silap. Jangan bergaduh dengan kawan.

Yang paling penting,
JANGAN TINGGAL SOLAT.


"Sabrina, apa IC awak? Kita nak buka dekat SAPS"

Sorry, soalan tu aku reject awal-awal.
IC is my privacy.


Wassalam
Wish you all the best *ciplak

Saturday, 9 August 2014

Raya 2014 @ SKKM

Assalam.
Ini sambutan raya kat sekolah.
Best gilaaa tahap maksima!

// to my classmates,
sorry for not uploading your photos.
only several photos jaa yang aku upload.
terhad teramat sebab dia loading lambat sangat.


 First time using monopod. xD


 Second time.
Tuan punya monopod ni ialah Syamira.
*budak sebelah kiri*


 - nurin - fiqa - faqihah - iera - anisha -


 Budak laki pun nak menyelit juga dalam kamera aku -.-"


 - naemah - fatin izzati - sufia - farhana -


 Buat kerja sambil bersila.
Orang syok beraya, aku buat kerja. Bagus betull :P


 Semua orang nak posing dengan Cikgu Sanisah.
Okeii fine. Bukan semua. Segelintir jaa.


 - humaira - dayang - farhan -


Budak sesi petang, tahun 3
yang sebelah kiri tu, adik Afdzal Quzaimie

Wassalam.

Thursday, 24 July 2014

Minggu selepas TRIAL~

Bismillahirrahmanirrahim.

Apapun, minggu ni memang kami (6C1) berhibur habisss! Sebab apa? Kami dah lepas TRIAL yang menggerunkan lagi menyeramkan itu! Just waiting for our paper test! Happy weyyy!

Paling aku ingat masa hari Isnin, 21/7/2014

Pada hari Ahadnya, aku dah belajar beberapa pelajaran berkaitan kebersihan dan bla bla bla sebagai persediaan menghadapi ujian esok. Aku baru je lepas TRIAL, dah kena jawab ujian balik -.-" Contohnya, cara nak cegah denggi, cara cuci tangan dengan betul, cara bantu mangsa yang tercekik, dan yang paling BEST *lah sangat* ialah CPR. Lol. Best kaa? Aku tengok demo nya je dah geli-gelaman. Apapun, CPR tetap berguna masa kecemasan.


Hari Isnin, Doktor Muda Cemerlang akan menjalani ujian bertulis dan AMALI. Okei, ujian AMALI tu dikira ujian paling 'annoying' dalam hidup aku setakat ni. -_- Kalau aku jadi Doktor Muda Harapan, jawab ujian bertulis je. Takyah jawab amali.

Sabrina, berhenti membebel!

Kembali kepada topik. Kami DMC akan jawab ujian bertulis terlebih dahulu.Yang paling dahsyat, aku budak yang paling pandai kat sekolah *perasan!* merupakan murid yang paling lambat menjawab ujian bertulis. Aku pelik dengan kawan-kawan aku, jawab cepat sangat. Aku rasa mesti diorang banyak tembak je soalan. Tak macam aku, aku kan teliti orangnya. *nampak sangat masuk bakul angkat sendiri! Kalau teliti punm asal kau banyak salah kat jadual kat section B English Paper 2?* *marah diri sendiri*

Ni aku masuk cerita pasal ujian amali pulak. Ada 3 soalan, kita kena pilih salah satu. Antara CPR *jangan harap aku nak pilih*, Tercekik *sederhana susah*, Patah jari *ini paling senang. Tapi masa cikgu ajar haritu, aku tak dapat nak fokus sebab Farez ganggu aku*

So, aku pilih TERCEKIK jelaa.

Nervous weyy. Sampaikan aku lupa langkah pertama = CUBA BERINTERAKSI DENGAN MANGSA. Gementar punya pasal, aku terus 'direct' kepada tindakan -.-" Aku jamin, aku mesti kena tolak markah dengan cikgu.

Kitorang DMCemerlang dan DMHarapan habis ujian masa lepas rehat. Memandangkan kami DMC semua 6C1 menuju masuk kelas bersama-sama. Masa tu nak masuk subjek

Okeii, bersedia semua. Ni nak masuk 'part' yang 'happy' ni. Heheheh.

Aku ni jenis 'slow' sikit. Jawab ujian lambat, masuk kelas pun lambat. Aku lupa yang aku fikrkan masa tu. Normal lah bagi aku. Kalau aku fikir sesuatu masa berjalan, nanti mesti aku berjalan lambat.

Kawan-kawan aku semua dah masuk kelas. Apalagi, aku pun melangkah masuk kelas. Mula-mula aku tak dengar pun apa-apa dari kawan-kawan aku yang kat kelas. Setibanya aku langkah masuk kelas jeee, tetiba suasana jadi riuh-rendah. Aku ingat cikgu takde dalam kelas. Nak aje aku marah diorang kenapa bising dalam kelas.

Punchline. Ayat yang terakhir kat perenggan di atas tu hanyalah rekaan sahaja :P

Sambung balik. Fikiran aku menyeleweng daripada yang sepatutnya. Aku tak perasan pun ada cikgu kat depan. Kawan-kawan aku yang dalam kelas semua tepuk tangan. Jadi, aku buat je muka macam takde apa yang berlaku :P Betullah, aku langsung taktahu apa yang terjadi sebenarnya.

Berjalan seperti orang normal je. Berjalan menuju ke tempat aku. Ada kertas ujian TRIAL Sains atas meja aku.


Aku tengok je. Baru aku tahu kenapa kawan-kawan aku tepuk tangan tadi.

Korang boleh agak kan, apa yang terjadi sebenarnya.
Kalau tak dapat 'catch-up', meh sini aku beritahu.

Aku dapat HIGHEST MARK!

Aku saja je cakap dengan cikgu Sains aku yang aku salah kertas :P Tak pernah-pernah aku dapat HIGHEST MARK dalam Sains. Kawan-kawan yang dah lama berkawan dengan aku pun tahu subjek yang paling aku tak suka = SAINS. Aku pun tak pasti kenapa aku tak suka *bukan benci okeii* subjek alah tu.

Fakta, aku lebih suka MATEMATIK berbanding SAINS.
*sekali baca, macam ayat inferens*

Dan yang sadis, Matematik aku bukannya 'highscore' pun. Pelik jugak aku. Markah Sains mengalahkan Matematik. Hebat, hebat!

Alhamdulillah. Aku dapat 'highest mark' dalam Sains! :D

Habis masa Sains, masa apa, aku pun tak ingat. Tapi yang pasti, aku belajar. -_-

And then, tetiba cikgu Sains aku masuk kelas lalu panggil aku, Farez, Eliani dan Fatin Maisarah. Rupanya, ada pelawat datang. Kitotang perlu ditemuduga untuk ujian PeKa. Aku tanya cikgu, kenapa pilih kami berempat. Cikgu jawab, sebab kitorang jenis taktau malu *lebih kurang macam tu*

Aku jawab ringkas je masa pelawat tu tanya. Iyalah, kalau panjang-panjang takut mengarut jadinya. Pelawat tu memang 'terror', sampai kan dia tanya soalan yang senang bagi kawan aku, susah bagi aku = soalan berkaitan geseran. Main belasah, akhirnya salah. Nasib baik pelawat tu baik, jadinya dia tolong betulkan :3

Sehari suntuk aku tak masuk kelas untuk belajar. Kebanyakan masa aku diluangkan untul aktiviti luar. Kecuali aku belajar masa subjek Sains dengan kelas bombastik selepas habis waktu persekolahan. Sabar betul.

Saya akhiri entri ini dengan
Wassalam.

//entri kali ini lari dari tajuk eaa?

Thursday, 10 July 2014

My BIRTHDAY

Bismillahirahmanirrahim

Sebenarnya, aku pun lupa yang semalam hari lahir aku
-.-"

Let us #throwback together ^^

Kat sekolah kebangsaan, akulah yang paling beria nak sambut har lahir sendiri
Seperti contoh di bawah,

//how I remind my friend about my birthday
Me - Wana, hari ni hari apa?
Wana - Mestilah hari Rabu.
Me - Jawapan tu salah.
Wana - Ehh, betullah. Habistu, hari ni hari apa?
Me - Hari jadi saya lah.
Wana - HAPPY BIRTHDAY, SABRINA!

Aku paling gembira kalau dengar ayat yang terakhir tu. Heheheheh.


Sejujurnya, saya TIDAK TAHU 'how to enjoy someone's birthday with friends'

Okeii. Let me tell you how I enjoy or celebrate my birthday with my friendsss
At sekolah agama, not sekolah kebangsaan.

Anisha + Wanabila + Afiqah + Syifa + Me = Perang TUDUNG!
Or else, we call it as 'main tarik-tarik tudung'.

Biasanya, budak perempuan je yang main benda alah ni.
Betul apaa. Takkan lah lelaki main tarik tudung pula.
Nampak sangat menipu. Lelaki mana ada pakai tudung.
Melainkan kalau lelaki yang tarik tudung perempuan -_- *annoying

Tahun ni, memang pertama kali sambut birthday dengan tidak seberapa meriah.
Yang penting, ENJOY!

Tak ramai pun yang wish birthday kat aku walaupun aku ini POPULAR di sekolah.
*terserlah ke-perasan-an-nya di situ. Heheh.

Hadiah? Dikira ada lah jugak yang baik hati dengan aku :P Janji ada orang beri hadiah, kita bersyukur. Daripada tak dapat, kan?

Tengah-tengah hepi-hepi pun, aku sedih jugak.
Because I am unsastified with my GG3 result. Even orang anggap result aku 'tak-teruk-lah-sangat.'
Aku tetap tak puas hati, sebab tak capai misi yang terukir di mimpi.
Kalau ikutkan, aku lebih merosot daripada UPPM2 yang lepas.

NEW BAD NEWS! [berita buruk terkini]
Next week, we will had our Trial Examination.
So?
I did not need to tell you because, I know that you know what I am feeling now.

TIDAK! TIDAK! TIDAK!

Cepat sungguh masa berlalu. Aku pun rasa tak puas lagi apa yang aku belajar sebelum ini.
Nak aja panggil Doraemon, biar tolong aku putar masa. Hahah.
Tetapi itu MUSTAHIL. MUSTAHIL. MUSTAHIL. o.o

Okeii. Wassalam. [takut sebab TRIAL nanti]


Sunday, 29 June 2014

1 Ramadhan~

Assalamualaikum ><

Macam mana dengan puasa? Okeii tak?
Lapar? Itu NORMAL~

Allah. Orang yang sedang menaip ini pun lapar jugak.

1 Ramadhan ni, wall Facebook aku penuh kawan-kawan aku buat status 'Laparlah' , 'Nak makan laa' , 'Nak berbuka cepat laa'
Dan sebagainya

Masa bulan puasa ni pun ada kelebihan juga bagi aku.

Bulan Ramadhan ini
Aku BERJAYA mengurangkan tengok televisyen
Kalau aku tengok pun bersebab jugak.
Mungkin nak tengok Jejak Rasul atau Upin & Ipin

Sebab apa aku kurang tengok TV pada bulan Ramadhan ni?
Sebab...

ANNOYING tengok iklan makanan kat TV tulaa.
Macam takde iklan lain nak tunjuk -.-

Satu lagi, aku nak bagitau pasal benda yang popular di kalangan kawan-kawan ku yang darjah 6

Memandangkan esok naik sekolah,
Kami murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan Gerak Gempur 3


KAMI TIDAK TAHU KERTAS APA YANG AKAN KAMI JAWAB ESOK!

Hebat betul. Perkara ni dah jadi trending kat Facebook bagi murid tahun 6. Bagi murid tahun 6 yang taktau pasal benda ni, maaf saya katakan. Anda dikategorikan sebagai 'murid ketinggalan zaman' yaa.

Back to the story.
Tadi, aku, Izzat, Lisa bergaduh
Siapa yang perlu telefon cikgu Sanisah
Untuk bertanyakan tentang jadual ujian esok.

Tetiba, Mairah telefon. Dia suruh aku yang telefon cikgu.
Mak aku pun suruh. Jadi, telefon jelaa.

Teruk betul aku masa telefon cikgu. (-.-) Aku tanya cikgu dengan suara yang panik. Nak tahu cikgu jawab apa masa aku tanya tu?
"Entahlah. Saya pun taktahu juga"

Ayat tersebut berjaya membuatkan aku bertambah panik dan panik. "Habistu, macam mana ni cikgu?" kata saya dengan suara hampir menangis. "Rileks laa. InsyaAllah awak boleh buat" kata cikgu pula.

Aku pun telefon Mairah pasal nak bagitau 'bad news' tu. Apalagi, kitorang berdua panik bersama-sama. Kemudian, aku bagitau kawan-kawan kat Facebook.

Tak perlu diberitahu reaksi dan tindakbalas diorang terhadap rangsangan ataupun boleh dikatakan sebagai 'bad news' tu.

Dan, saya tidak tahu apa yang akan terjadi
Sekiranya kami tidak dapat menjawab kertas ujian dengan baik
Malang menimpa kami.

Hanya bertawakal sahaja, sudah laa. (T^T)



Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
Janganlah kita bermuka muram,
Mari bergembira di bulan Ramadhan.

Pantun 4 kerat yang tak menjadi :P
Wassalam^^

Tuesday, 17 June 2014

SABRINA, What had happened to you?

Assalam. Just wanna tell you a short story.

Today. In 6C1.

Teacher Sanisahwas giving us some advices for GG2 & etc while holding a paper.

After she gave those advices to us, she told about our result which was written on the paper that she held it. Very embrassing! -.-"

And then, she was quiet for some seconds.

Suddenly...

"SABRINA, what had happened to you?!"

Teacher Sanisah said it loudly until my classmates were shocked when they heard that. All my classmates were looking at me. A lot of shame inside of me.

Just cover my face with my 'Modul Hebat Sains UPSR' book.

= Last GG2 test, I had got 5A. For the latest UPPM2 test, I had got 4A1B. The B is my BM Penulisan. Very careless of me.  Entah bagaimana, BM Penulisan boleh dapat B. That's why the teacher told to me so because of my bad result. Nampaknya, lepas ni kena belajar betul-betul for the upcoming GG3 test.

Takpe Sabrina. Never give up. Berusahalah!

Wassalam.

Wednesday, 11 June 2014

6C1 ^^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang musim cuti sekolah.
Adalah kebebasan sementara untuk menulis blog! >_<

Sebenarnya, ini pun cadangan kawan-kawan yang menggila di status aku. -_- Orang sedang serious, boleh pulak komen yang tidak sepatutnya. Mujur masih boleh dikawal *maksudnya, tiada unsur keganasan atau lucah* Terima kasih saya ucapkan. Tepuklah tangan sikit. *tepuk tak ikhlas*



Banyak-banyak komen, ada sebuah komen yang boleh digunapakai. Yang lain, jangan terasa :P



6C1, that's my class.
The awesome class.
The most rare class in Year 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Kenapa 'rare'?
Teruskan membaca.

Kelas yang bakal melakar bejuta-juta memori terindah.

Erkk. Apa yang aku tulis ni?

Di sini aku dapat merasakan,
Betapa susahnya senior-senior tahun lepas
(2013 dan sebelumnya)
Bertungkus-lumus belajar
Untuk mambanggakan ibu bapa, guru-guru
Serta sekolah.

Sepatutnya, kami (6C1 2014) bersyukur belajar di kelas 6C1
Kerana 6C1 hanya satu-satunya kelas yang berpenghawa dingin!
Siapa lah yang tak gembira kalau duduk kat kelas yang ada air-cond, kan?

Dan aku dapat sekelas dengan kawan yang takpernah sekelas dengan aku sepanjang aku bersekolah kat SKKM. Iyalah, kalau dah sekelas mestilah kenal dengan lebih lanjut. Kadang-kadang kalau tak sekelas, maka kenal biasa-biasa la jawabnya.

Kat kelas ini, ada seorang budak ni dia mengajar aku. Dia ajar yang bekas murid kelas belakang macam dia TAK MUSTAHIL untuk kelas 6C1 akhirnya. Percaya tak. Masa darjah 4 dulu dia no 200 kat Kedudukan Dalam Darjah, masa peperiksaan akhir tahun darjah 5 no 40 Kedudukan Dalam Darjah. Dia berjaya mengalahkan lebih 160 orang dalam masa 2 tahun. Masa tu, aku tengah curi nombor IC orang kat belakang kelas sebab takde kerja. Curilah dia punya no IC. Lepastu, tengok kat SAPS. Janji yaa. Tolong rahsiakan, jangan bocorkan. 

Sebenarnya, budak tu taklah mengajar macam cara cikgu ajar. Disebabkan perkara takde kerja, itulah yang terjadi.

Okeii. Lama bercerita. Tukar topik laa.

Kelas 6C1 adalah kelas yang semua muridnya WAJIB mendapat 5A dalam UPSR.

Teringat pulak dengan ayat cikgu Mashaila,
"Sepanjang saya mengajar di SKKM, tak pernah 6C1 dapat 5A dalam UPSR semua sekali"
Rasanya macam tulah ayat cikgu kott.

Takpe, tahun ini. Kami murid 6C1, mahu melakar sejarah!



Wassalam~

Monday, 26 May 2014

Historical Day ! :'(

Assalamulaikum ya asdiqa

Historical Day? Apa benda yang bersejarah itu?
Okeiii. Teruskan membaca.
Inilah insiden yang terjadi pada semalam.
  • Perlawanan 'Scrabble'
Saya bersama dua orang rakan saya yang serta pertandingan ini. Jangan main-main! Ini pertandingan Scrabble dalam bahasa Inggeris tau! Seriously, kami (peserta Perlawanan Scrabble) hanya mengambil masa 1 hari untuk berlatih. Tetapi, kami TIDAK PUN BERTANDING. Why?

Disqualified. o_o
Sedih wooo!
  • Choral Speaking
Terdiri daripada kira-kira 35 orang. Kebanyakan murid-murid Tahun 6 yang sertai sebab mahukan sijil.
   "It is... supercalifragilisticexpialidocious!" - antara petikan skrip Choral Speaking.
Berharap dapat mengekalkan kejuaraan yang dimiliki selama bertahun-tahun. Akhirnya, second place. Takpe, we all satisfied. :D


  • Public Speaking
Pernah sekali hendak 'join'. Tetapi saya ada persaingan di antara budak 6C2 yang bernama Akmal Rizal. Akhirnya, Akmal Rizal yang terpilih untuk Public Speaking. Okeii, dia memang layak menjadi wakil sekolah. Mengapa? Kerana dia lebih fasih berbahasa Inggeris daripada saya. Dia dapat saguhati, aku yang tidak puas hati. Please, do not think something nonsense about this! -_-

  • Storytelling        
Yang menjadi wakil dalam bahagian ini adalah rakan sekelas saya, Nur Afiqah. Memang saya akui, bab-bab bercerita mesti dia yang profesional. Saya? Jangan tanya. Public Speaking pun tidak dapat, apatah lagi hendak masuk Storytelling. Dia dapat saguhati. Yang TOP 3 semuanya dari SJKC & SJKC. Takpe, kawan. Awak dah cuba yang terbaik!
Jangan kritik cara dia berpakaian!

  • Action Song

Dapat berjumpa dengan budak Tahun 3 ! mereka memaaaaaaaaaaang awesome! Feeling childish japp.

"Akak, akak. Kenal Farez Azra'e takk?"
"Ehh, mestilah kenal. Akak kan sekelas dengan dia"
*dalam hati, cemburu. asal budak tu tak kenal aku? -.-# *

Excited gilaaa! Alhamdulillah, Action Song dapat mengekalkan kejuaraan!


  • Bola Sepak & Bola Jaring

Biarkan fasal Bola Sepak. Langsung tak tahu apapun tentang mereka.
Bola Jaring? Tempat ketiga! T^T
Sabarlah duhai kawanku~~~

Pabila semua peserta English Carnival berkumpul!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam...

Yusof - Sabrina, Scrabble dapat tempat ke berapa?
*jeling mata dengan Irwayu, dalam hati mungkin memikirkan perkara yang sama. adakah patut both of us tell the truth?*
Me - Don't ask about that. *sedang sakit hati
Yusof - Kenapa pulak?
Teacher Ayu - Janganlah tanya Sabrina. Tanyalah esok ke, tahun depan ke...


Hari ini... *ketika waktu rehat

Yusof - Sabrina, cepatlah bagitau!
Me - Janji rahsiakan! Jangan bagitau orang lain!
Yusof - Iyelah! Asal dapat yahu!
Me - Kita orang DISQUALIFIED.
Yusof - Disqualified?
Me - Yelahh.
Yusof - Hahahahahahahahahaa *ketawakan orang je tahu
Me & Irwayu - *sabar

Wassalam. *sedang dalam keadaan marah

Sunday, 18 May 2014

Hari GURU !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh !

Hari ini ada Sambutan Hari Guru di sekolah!
Enjoy ~

//petikan\\

* kat ‪#‎tusyen‬ *
Z : Cikgu, cikgu rasa apa hadiah yang paling sesuai untuk diberi pada cikgu (sekolah) ?
Cikgu : Sebenarnya, cikgu sekolah kamu tu taknak hadiah. Dia nak kejayaan kamu tu aja, contohnya kamu dapat 5A mestilah cikgu (sekolah) tu bangga.
*kawan-kawan yang dengar perbualan Z dengan cikgu tusyen tu semua pandang aku*
Z : Senanglah Sabrina. Takyah keluar duit (untuk beli hadiah) pun, dah boleh kasi hadiah kat cikgu.
Me : *terasa -.-'' *



Tahun ini, Hari Guru memang seronok! 
Senior tahun 6 yang 'last year' pun datang sekolah!
Terbaikk!

Tahun ini, lebih istimewa.
Apa yang istimewa?
FYI, tahun ini ada ANUGERAH !

Sebelum Hari Guru, ada undian oleh murid-murid
Antara anugerah yang wujud;

Anugerah Cikgu Paling Lawak 
Anugerah Cikgu Paling Garang
Anugerah Cikgu Paling Sporting
Anugerah Cikgu Paling Bergaya
Anugerah Cikgu Paling POPULAR !

Seriously, macam Anugerah OSCAR.
Lepas ambil anugerah, kemudian beri ucapan.


Bergambar ramai - ramai
With cikgu Rohaniza
Penerima Anugerah Cikgu Paling Bergaya!
- lisa - nurul akmal - fatin maisarah - nazatul -
- iffah - eliani - cikgu rohaniza - fadillah - sabrina - ayuni -

Keep Calm & Wassalam.

Thursday, 1 May 2014

Moreh~Moreh

Assalamualaikum, peepers!

Memandangkan IBU kepada nenek datang ke rumah

Kami bercadang unutk membuat 
MOREH - MOREH

Semua saudara-mara akan berkumpul

Beginilah jadinya selepas MOREH - MOREH tersebut


Main komputer
Sambil ber'poz'ing

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cousin : MOREH - MOREH tu apa?
Myself : *terkejut*Kau orang Melayu ke ataupun orang Indon?

Wassalam

Sunday, 20 April 2014

3 Sad Things :'(

Assalamualaikum

3 sad things that I feel it until now!

  •  The mystery of MH370

Dah berminggu-minggu masih tak dapat jumpa!


  • Uztazah GANTI bakal 'diganti' dengan uztazah yang SEBENARNYA
Mungkin kalian tak faham apa yang saya tulis ini. Uztazah Saemah diganti dengan Uztazah GANTI sementara uztazah saya yang SEBENARNYA cuti bersalin selama 2 atau 3 bulan! *lama tuhh!* Siapakah Uztazah Saemah? Bacalah post-post yang lepas, dijamin kalian akan tahu punya! http://budaknostalgeek.blogspot.com/2014/02/uztazahku.html


  • My Friend, Syasya

Tak terima berita tentang dia sejak kebelakangan ini. Syasya, please come back to school! I miss you, even our classmates miss you too. When would you come back here? Come on and join us in the class. Learn and study together. 


#throwback
5C1 2013
The Most Awesome Class in Year 5 :P

Wassalam! :D

Monday, 17 March 2014

MH370, di manakah dikau?

Assalamualaikum

HOT TOPIC !!!


MH370 hilang?



What is MH370?
An animal? An object? A fruit? A vegetable? A flower? A house?
Yang pasti, it is NOT A PLANET!

Bagi yang taktau MH370 tu apa,
Ianya ialah nama bagi sebuah kenderaan
Yang kita panggil sebagai
KAPAL TERBANG ataupun PESAWAT

Kasihan kepada keluarga penumpang pesawat MH370
Lagi kasihan kepada orang yang taktau pasal kehilangan ini

Mereka sedih, tetapi aku bangga
Kerana sokongan rakyat Malaysia
Mereka yang bersedih menjadi tenteram sementara
That's what I proud about it!

Ada senior-ku, Azida Alia Natasha
Hebat dalam bidang melukis & mewarna
Had shared a picture that drew by herself!
Amazing, right?


 Drew by ex-SKKotaMasai
Proud :D


Wassalam

Sunday, 2 March 2014

UTM, Mu Tunggu Kami DATANG !

Assalamualaikum! :)

Kami, murid Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Ke Universiti Teknologi Malaysia
Pada 1 Mac 2014 (semalam)
Untuk mengikuti Seminar Pasti A UPSR!

Kepada sesiapa yang tak tahu 
Universiti Teknologi Malaysia! :P


7.00 pagi
Tiba di sekolah, saya diantara TOP 15 Orang Datang Lewat :P :P 
*hanya perumpamaan*
Kasut yang saya pakai itu tercabut tapaknya, hanya sebelah kasut sahaja yang masih dalam keadaan normal. Entah mana tapak yang tercabut tuhh, hilang ke apa tah. Mujur saya membawa kasut CROCS sebagai 'spare'. Betul kata Umi kerana Umi menjangkakan bahawa kasut itu akan rosak semasa on-the-way nanti.

8.00 pagi
Bas sudah tiba. Murid perempuan cukup-cukup tempat duduk di dalam bas. Kasihan sungguh budak lelaki kerana terpaksa menaiki kenderaan lain. Masa on-the-way itu memang TERBAIK! Yang paling 'best', cikgu tiada dalam kawalan. Murid perempuan Tahun 6 'enjoy' yaa! Nazatul siap kongsi bekal kacang kuda kat kitorang. Memang terlajak larisssss bekal Nazatul.

9.00 pagi
Tiba di UTM. Murid lelaki belum sampai. Murid SK Kota Masai tergolong dalam TOP 5 lambat datang *ah! TOP lagi* Orang lambat datang selepas kami ialah SK Taman Bukit Dahlia yang  baru sahaja dibina. Kebanyakan guru lama dan berpengalaman di SK Kota Masai dipindahkan ke SK Tasman Bukit Dahlia. Jumpa Syuhada!!!

Kira-kira 10.30 pagi kott
Selepas belajar Sains bersama MD Noor Buyamin yang 'sporting' teramat, kami semua rehat! Yahoo!!!!!

Hahaa, peserta seminar dari sekolah lain
Yang buat 'seni' ini
Entahlah, kalau budak SK Kota Masai yang buat :/

Dalam pukul 11.00 a.m. gituu
Sambung belajar. Belajar BM bersama Azhar Salleh yang juga merupakan penyampai radio. Beliau juga ialah Munsyi Dewan Bahasa Dan Pustaka. 

Then, belajar MT. Tidak Ku ingat nama gurunya. T-T Yang Ku tahu ialah beliau hanya penyelia Matematik. Part yang paling 'awesome' ialah bila dia kenal kawan Ku. 

Cikgu - Mana murid SK Kota Masai? Angkat tangan!
Murid SKKM - *angkat tangan* 
Cikgu - Mana anak Mail? Sila berdiri, saya nak tengok muka kamu!
Azamudin -  *berdiri dengan bangga-lah kononnya* (nama sebenar ayahnya adalah Ismail)
Cikgu - Anak Mail, sila jawab soalan yang dipaparkan dengan betul!
Azamudin - *tell the answer confidently* *jawapan salah*
Semua peserta seminar - *ketawa*
Kawan sebelah - Menjatuhkan maruah SKKM betul-lah Azamudin ni... -,-"
Saya - *tak sangka Azamudin jawab salah* ._. *just make a poker face :/ :P )

Kira-kira 1.40 petang gituu
Makan lagi! Tapi aku tak lalu makan. Bawak balik makanan tulah jawabnya.

Dalam 2.05 petang kott
Cikgu BI sampai. She pronounced her as Mummy Dibah. Sah-sah lah nama Mummy tu Adibah. Yang pastinya, bukan Adibah Noor sudah! -,- Tegas but caring maaa... Mummy Dibah is a headmistress in a primary school at Kota Tinggi. Yang paling daku jelezzzzzzzzzz ialah,
Mummy Dibah dah terbit buku!

Nak terbit buku jugak!

OK 
Dah lari topik ._.

5.30 petang
Balik! Wait for a minute! Where's our bus?
Why the boys' bus goes first than the girls' bus?
Huhuu, sedih! Murid perempuan SKKM palinggg lambat pulang. 
Dapat info mengatakan, bas masa pergi ROSAK!

6.50 petang
Bas baru sampai. Tak solat Asar lagi weyy. Sabar~

7.15 petang
Uwaaaaa! Dah Maghrib! Belum solat! Sabar lagi~

7.45 petang
Sampai kat sekolah. Nasib ayah ambil cepat. Sampai rumah terus solat. Murid perempuan SKKM berteriak 'Yahoo!' & 'Yeah?'

I said "Jom sebut 'alhamdulillah' nak?"

"Alhamdulillah!"

The journey ended.

Wassalam :-) :-) :-) 

Saturday, 15 February 2014

Uztazahku :')

Assalamualaikum!

A very very very very very very very very very very sad day!
Berapa banyak aku punya 'very' tuh! -,-

Uztazah Saemah nak pindah!
Hari ini sekolah ganti,
Jadi
Mungkin inilah kali terakhir
Aku dapat jumpa dengan uztazah!

Kawan sekelas aku memang kejam!
Kenapa?
Dah tahu hari ini hari terakhir jumpa uztazah,
Ada pulakk yang 'ponteng'!
Tidak berhati perut sungguh!

½ saja murid yang baik hanya datang hari ini
Saya budak baik ke?

Masa hari Khamis
Guru besar ada buat majlis perpisahan
Untuk kitorang

Bangga!
Jadi orang pertama yang salam uztazah Saemah!
Aku siap cakap,
"Uztazah, ampunkan dosa saya pada uztazah~ Saya selalu NAKAL kat kelas~"

Nakal?
OK, hiraukan sahaja perkataan itu

Nak tahu uztazah kata apa?
"Takpe, uztazah maafkan."
Paling touching,
Aku dapat peluk uztazah!
:')

Bapbai uztazah!
Selamat timggal uztazah!
Ma'as salamah uztazah!
Wa ilalliqa!

Kamsahamida,
Arigato,
Syukran,
Terima kasih uztazah Saemah!
:-)

Wassalam

Sunday, 9 February 2014

Anugerah NILAM at my school

Assalam!

Anugerah Tokoh NILAM?
Pebende tuh?

Hah!
Kalau nak tahu,
NILAM ini ialah singkatan bagi
Nadi ILmu Amalan Membaca

Bangga tadi!
*Huh! Sebenarnya aku bukannya dapat pun! -,-''*
Adik aku dapat!
Aliran Tahun 4!

Femes kejap jadi anak Nasron
LOLOLOLOLOLOLOLOL
Balik kepada topik

Adik saya dapat hadiah + sijil
Sabar saja dengan Daing Nursyahdina
(Tokoh NILAM aliran Tahun 6)
Tak apa, sijil saya banyak yang berhabuk -,-

Apa salahnya kalau beri peluang kepada orang lain, bukan?


Adik saya teruja sang at
Balik rumah terus buka hadiah
Dapat BUKU tiga buah!

Budak kecik yang suka menyibuk :P

2 buku rampaian + 1 novel Bahasa Inggeris
Pasal buku rampaian, baguslah!
Biar adik aku belajar rajin-rajin :P

Novel?
Dia tidak hairan!
Saya yang dapat novel itu! Yahooooo!

But, the problem is,
The novel is about a HORROR story!
Nampaknya memang sah nanti tak boleh tidur!

--------------------------------------------------

Semasa saya dipanggil untuk berucap ketika di pentas

Pengacara Majlis
- Dipersilakan Nur Sabrina binti Nasron dari kelas 6C* untuk memberikan ucapan

Adikku
- Tengok tu! Kakak kita nak berucap!

Kengkawan dia
- *berbual* Eh! Itu kakak A*** nak berucap!


Semasa adikku dipanggil untuk menjadi Tokoh NILAM bulan Januari aliran Tahun 4

Pengacara Majlis
- Dipersilakan Tokoh NILAM aliran Tahun 4, A*** ********* binti Nasron

Kengkawan aku
- *semua pandang aku*

Aku
- Apa pandang-pandang? Muka adikku lagi comel-lah! -,-''


Wassalam

Wednesday, 29 January 2014

Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan
Memang super duper meriah!

Baca berzanji tadi!
*Ceh! Padahal dia cakap 'Allah' aja!*

OK, ada satu bahagian ini
Yang paling saya ingat

Ialah...



Bab teka-teki

Dapat jawab soalan dengan betul,
Dapatlah hadiahnya!

Mereka yang dapat menjawab soalan dengan betul itu
Langsung tidak bersyukur
Terutama murid perempuan
Kerana
Hadiahnya adalah...


Sebatang pensel Ben 10 dengan 'trademark' yang original -,-
Tapi bolehlah!
Daripada saya dapat yang tidak ori,
Sudah!

Yang paling seronok,
Kita 'enjoy' dalam kelas!

Ada orang bawa telefon bimbit pergi sekolah!
Cemburu! Jangan telefon awam, sudah!

Gambar ini guna henset Lisa

- lisa - nurul akmal - sabrina - fatin maisarah - fadilah -


Wassalam!

Saturday, 18 January 2014

Belajar Barzanji~

Assalam :*



Hari ini
Saya belajar BARZANJI !

Best ke tak?
Jangan tanya aku lah
Saya pun tak tahu best ke tak
-,-

Nafas kena panjang
Baca pun wajib bertajwid
Siap kena berlagu lagi~

Berlagu?
Entahlah
Itu perumpamaan bagi saya je

Mengapa kena BARZANJI?
Sempena Maulidur Rasul
Kat SK Kota Masai

Untung Atok datang rumah
Boleh tanya macam-macam
Fasal barzanji ini

Atok Ku kata
Ada seorang perempuan ini, hebat barzanji
Namanya Hajah Rahmah binti Abdul Rahman
Katanya pernah menang peringkat kebangsaan
Wakil Johor pulak tu
Kebetulan pegang handphone masa tu
So, carilah kat YouTube

Dengar sekali aja
Subhanallah! Merdu teramat!
Carilah kat YouTube
Gerenti ada!

Satu lagi
Aku keliru
BARZANJI atau BERZANJI?
Apakah sejarahnya?


Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.

Sumber - Wikipedia

Mahu tahu lebih lanjut?
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Berzanji

Hahaa, itu aja yang Ku tahu
Tunggu entri lain ya!

Gambar ku tiada, kerna ku menjadi Paparazzi. Main hp :3
-alisya-eliani-fifi-

Wassalam



Wednesday, 15 January 2014

Gerak Gempur ditangguhkan!

Assalamualaikum

Sungguh tidak dijangkakan,
GERAK GEMPUR ditangguhkan!

Woww! Bestnya!

Hahaa, sebenarnya
15 Januari itu ada
Gerak Gempur
Yang pertama kalinya untuk 2014

"Ditangguhkan"
Satu perkataan yang membuatkan
Murid tahun 6 berasa
Super Duper Gembira!

Best-nya!
German Gempur ditangguhkan!
Habistu, bila hendak mula?

20 Januari 2014
T^T

Sabo jelaa~



Motivasi untuk diri ini
Wassalam :-)







Tuesday, 14 January 2014

Selamat Hari Lahir, Rasulullah!

Assalamualaikum wahai hamba Allah!

Hari ini hari lahir siapa?
Siapa?
Siapa?
Siapa?

Hahaa, 14 Januari ini
Hari lahir Rasulullah

14 Januari?
Hey!
Hari lahir nabi bukan 14 Januari
Tapi 12 Rabiul Awal!

Kalau seseorang meninggal dunia,
Orang takkan sambut hari lahir dia
Kecuali seseorang itu masih hidup

Rasulullah ini istimewa sedikit
Walaupun baginda sudah wafat,
Orang Islam tetap menyambut hari kelahiran baginda
Hebat bukan?

Perkara yang aku suka tentang Maulidur Rasul
Ialah.....
Mendengar ceramah tentang Nabi Muhammad SAW
Di sekolah agama!

Lagi satu,
Perkara yang aku suka ialah.....
Masuk pertandingan yang dianjurkan
Oleh pihak surau atau masjid

Tidak hairanlah
Hafazan, mewarna, tilawah Quran
Saya suka~ Saya suka~

OK lah, sampai di sini sahaja
Untuk entri kali ini



Wassalam!

p/s
Mengapa saya guna 'hari lahir', bukannya 'hari jadi'?
Kerana kita tidak tahu bila seseorang itu dijadikan,
Tetapi kita tahu bila seseorang itu dilahirkan
^_^




Thursday, 2 January 2014

1 Januari lah!

Assalamualaikum

Lama sungguh ku tidak menulis post
*apa yang ku merepek ini?

Budak JDT 1 Jan dah naik sekolah
Sabarlah jadi budak JDT T^T

Tahun ini saya ambil
UPSR !
Seram sejuk betullah nak tulis

Filem - UPSR 2014
Penerbit - Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh - 9, 10, 11 September 2014
Genre - Seram
Pelakon - Murid darjah 6 di seluruh Malaysia
Tempat - Semua jenis sekolah kebangsaan di Malaysia

Saya yang ambil UPSR ini pun sempat ber-blog
Apakah? Mengapakah?
Sebab rindu blog INI lah!


Chaiyok!
Good luck in UPSR!

Wassalam