Wednesday, 11 June 2014

6C1 ^^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang musim cuti sekolah.
Adalah kebebasan sementara untuk menulis blog! >_<

Sebenarnya, ini pun cadangan kawan-kawan yang menggila di status aku. -_- Orang sedang serious, boleh pulak komen yang tidak sepatutnya. Mujur masih boleh dikawal *maksudnya, tiada unsur keganasan atau lucah* Terima kasih saya ucapkan. Tepuklah tangan sikit. *tepuk tak ikhlas*



Banyak-banyak komen, ada sebuah komen yang boleh digunapakai. Yang lain, jangan terasa :P



6C1, that's my class.
The awesome class.
The most rare class in Year 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Kenapa 'rare'?
Teruskan membaca.

Kelas yang bakal melakar bejuta-juta memori terindah.

Erkk. Apa yang aku tulis ni?

Di sini aku dapat merasakan,
Betapa susahnya senior-senior tahun lepas
(2013 dan sebelumnya)
Bertungkus-lumus belajar
Untuk mambanggakan ibu bapa, guru-guru
Serta sekolah.

Sepatutnya, kami (6C1 2014) bersyukur belajar di kelas 6C1
Kerana 6C1 hanya satu-satunya kelas yang berpenghawa dingin!
Siapa lah yang tak gembira kalau duduk kat kelas yang ada air-cond, kan?

Dan aku dapat sekelas dengan kawan yang takpernah sekelas dengan aku sepanjang aku bersekolah kat SKKM. Iyalah, kalau dah sekelas mestilah kenal dengan lebih lanjut. Kadang-kadang kalau tak sekelas, maka kenal biasa-biasa la jawabnya.

Kat kelas ini, ada seorang budak ni dia mengajar aku. Dia ajar yang bekas murid kelas belakang macam dia TAK MUSTAHIL untuk kelas 6C1 akhirnya. Percaya tak. Masa darjah 4 dulu dia no 200 kat Kedudukan Dalam Darjah, masa peperiksaan akhir tahun darjah 5 no 40 Kedudukan Dalam Darjah. Dia berjaya mengalahkan lebih 160 orang dalam masa 2 tahun. Masa tu, aku tengah curi nombor IC orang kat belakang kelas sebab takde kerja. Curilah dia punya no IC. Lepastu, tengok kat SAPS. Janji yaa. Tolong rahsiakan, jangan bocorkan. 

Sebenarnya, budak tu taklah mengajar macam cara cikgu ajar. Disebabkan perkara takde kerja, itulah yang terjadi.

Okeii. Lama bercerita. Tukar topik laa.

Kelas 6C1 adalah kelas yang semua muridnya WAJIB mendapat 5A dalam UPSR.

Teringat pulak dengan ayat cikgu Mashaila,
"Sepanjang saya mengajar di SKKM, tak pernah 6C1 dapat 5A dalam UPSR semua sekali"
Rasanya macam tulah ayat cikgu kott.

Takpe, tahun ini. Kami murid 6C1, mahu melakar sejarah!



Wassalam~

No comments:

Post a Comment