Saturday, 1 November 2014

aktiviti kami #1

Bismillahirrahmanirrahim. Freedom again!

Oh, terlupa. SDEA belum lepas lagi.
Kau jangan nak bermimpi lagi lah, Sabrina.

Hari ni, aku nak cerita pasal aktiviti kami. Siapa kami?
Kami ialah murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Minggu ni baru je lepas Peperiksaan Akhir Tahun bagi subjek yang tak teras. Khamis dah bebas. Sepanjang tahun 6 ni dah lepas periksa, cikgu buat banyaaaaak aktiviti. Happy gila!

Khamis lepas, pertandingan Masterchef dan Bicycle Show diadakan. Aku langsung tak join salah satu daripada pertandingan yang aku tulis tu sebab aku dah join pertandingan lain. Pertandingan apa yang aku masuk? Mana boleh bagitau -,- Nanti aku bagitau kat entri lain.

Aku nak cerita pasal pertandingan Masterchef dulu. Ini pertandingan memasak tauuu. Kelas aku, 6C1 masak Makaroni dengan Sos Carbonara (betul ke aku eja?). Taklupa juga dengan Kek Coklat bersama minuman Jus Oren.

Sadis, cikgu Faiz takde ambik gambar peserta memasak 6C1 T-T


Memandangkan 6C1 punya gambar tak ada, aku tunjukkan gambar jiran jelah. 
Peserta dari kelas 6C2~


Percaya tak, dalam banyak-banyak peserta perempuan yang sertai Masterchef ni,
Ada jugak yang peserta lelaki yang berani menceburi pertandingan memasak ni.
Dan peserta lelaki itu BUKAN dari kelas aku. Muahahahaha.



Meh, nak bagitau pasal Bicycle Show pulak. Jangan mimpilah ada peserta perempuan yang nak masuk pertandingan pameran basikal ni walaupun seorang sekalipun. Terasa mustahil pun ada.

6C1 membawa tema...

Jeng...
Jeng...
Jeng...
Tema Jalur Gemilang!

Terbaik gila budak laki 6C1 cari idea. Bravo, bravo. Dan aku lupa nak tanya kat laki 6C1 siapa yang kasi idea Jalur Gemilang ni. Huhuhu.


6C1 bicycle in progress. 
Kat sini terdapat kekeliruan, sama ada basikal yang digunakan ialah milik Izzat atau Luqman?
Dan akhirnya aku buat keputusan untuk tidak menjaga tepi kain mereka
untuk mengelakkan dirik dilanda gosip dan kontroversi. *merapu*


Maaf, yang basikal JDT tu bukan milik 6C1.
Basikal 6C1 tu yang ada Jalur Gemilang digantung, sebelah basikal JDT tu.
Sampai sini jelah cerita pada hari ini.
Actually, aku tengah merajuk sebab takdapat masuk pertandingan Rekacipta Elektrik. Kalau aku masuk pun, dalam kumpulan 6C1 tu aku sorang je yang perempuan nanti. Sekarang pertandingan Rekacipta Elektrik tu dalam mimpi jelah.

Takpelah, sekurang-kurangnya aku dah masuk pertang Tulisan Khat :D


Beria gila. 


Semua gambar yang dipaparkan adalah milik Cikgu Faiz. Maaf cikgu, saya mencuri tanpa sengaja. Harapnya cikgu tak kenakan tindakan disiplin kat saya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment