Assalamualaikum wahai hamba Allah!
Hari ini hari lahir siapa?
Siapa?
Siapa?
Siapa?
Hahaa, 14 Januari ini
Hari lahir Rasulullah
14 Januari?
Hey!
Hari lahir nabi bukan 14 Januari
Tapi 12 Rabiul Awal!
Kalau seseorang meninggal dunia,
Orang takkan sambut hari lahir dia
Kecuali seseorang itu masih hidup
Rasulullah ini istimewa sedikit
Walaupun baginda sudah wafat,
Orang Islam tetap menyambut hari kelahiran baginda
Hebat bukan?
Perkara yang aku suka tentang Maulidur Rasul
Ialah.....
Mendengar ceramah tentang Nabi Muhammad SAW
Di sekolah agama!
Lagi satu,
Perkara yang aku suka ialah.....
Masuk pertandingan yang dianjurkan
Oleh pihak surau atau masjid
Tidak hairanlah
Hafazan, mewarna, tilawah Quran
Saya suka~ Saya suka~
OK lah, sampai di sini sahaja
Untuk entri kali ini
Wassalam!
p/s
Mengapa saya guna 'hari lahir', bukannya 'hari jadi'?
Kerana kita tidak tahu bila seseorang itu dijadikan,
Tetapi kita tahu bila seseorang itu dilahirkan
^_^

No comments:
Post a Comment