Aku ada jumpa tiga orang alumni universiti aku dalam tempoh sebulan ni. Tiga-tiganya datang mengunjung untuk beri talk. Masing-masing topik berbeza, dalam program berbeza, pada tarikh berbeza.
Setiap seorang yang aku temui, aku akan tanya soalan ini semasa soal jawab, iaitu:
Apa benda yang tuan paling menyesal buat / tak buat masa zaman belajar?
Senior #1:
Beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan semasa bergelar mahasiswa.
Dia cerita macam mana dia tak boleh masuk finals sebab carrymark tak cukup masa degree. Maka dia pun pergi jumpa lecturer, nak negotiate boleh tak nak masuk peperiksaan. Turns out pensyarah dia beritahu yang total carrymark dia bukannya tak cukup, tapi total carrymark dia sifar. Maka dia pun putuskan untuk repeat jelah subjek tu. Dia sangat terkilan sebabnya rakan sekumpulan yang dia dah get along sejak pengajian diploma, rupanya tak letak nama dalam assignment sedangkan dia dah buat bahagian dia.
Penyesalan dia ialah, dia cerita yang dia ada banyak kenalan dan banyak network masa belajar, hasil daripada join aktiviti itu ini. Tapi silapnya, dia tak keep contact. Jadi pada saat dia memerlukan pertolongan seseorang, orang yang dia nak cari tu tak dapat dijumpai/dihubungi.
Senior #2:
Beliau seorang yang aku assume sangat rajin, sangat bijak, sangat mampu mengurus masa dengan baik masa zaman mahasiswa.
Jawapan dia kepada soalan aku, dia kata the only thing yang dia menyesal is tertinggal dua kelas coding.
Itu je. Itu je?!
Aku pasti semua audiens speechless dengar dia jawab macam tu ya. Dan yang kelakarnya, lecturer yang mengajar senior itu pada waktu itu, pun masih berkhidmat, dan masih mengajar kami coding. Senior tu kata kalau boleh jangan beritahu lecturer tu fasal dia, tapi kalau nak beritahu juga boleh je tapi tak pastilah kalau lecturer tu masih ingat dia ke tak.
Senior #3:
Beliau seorang yang sudah lama bersama universiti.
Dia bercerita sedikit sebanyak zaman di mana universiti ini belum jadi universiti. Ikut sejarahnya, UTHM ni dulu nama lamanya, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Allah, panjangnya nama. Dan kalau bukan sebab sejarah ini, aku tak sedar akan kewujudan istilah 'kolej universiti'. Boleh tekan sini kalau nak tahu beza antara kolej, kolej universiti, dan universiti. Cumanya artikel ni dalam bahasa Inggeris lah. Disebabkan KUiTTHO ni dulu bukan universiti, nak masuk bertanding dan bersaing sesama IPTA, tak lepas. Masa konvokesyen, terpaksa menumpang dewan UTM. Wow, aku baru tahu.
Penyesalan dia ialah, masa zaman mahasiswa, dia mendakwa dirinya tak cukup berani dan selalu sangat merendah-rendahkan diri untuk perkara yang tak sepatutnya. Banyak negative talk pada diri sendiri such as "alaa, aku datang dari keluarga susah", "aku tak reti bahasa Inggeris", seumpamanya.



