Sekarang aku dah di peringkat universiti, aku berpeluang menyertai satu organisasi di universiti. Kadang rasa diri suka cari masalah. Diri sendiri pun tak berapa nak terpimpin, tiba-tiba nak jadi pemimpin.
Di sini aku senaraikan beberapa perkara yang aku harap aku bersedia hadap bila aku jadi pemimpin.
1. Aku kena berani bercakap dengan semua individu, tanpa mengira strangers atau bukan.
Ini bukan tentang perucapan awam, bukan tentang bercakap di hadapan orang ramai. Ini tentang bercakap dengan seseorang individually. Kau tak boleh elak. Memang kena, memang wajib berani communicate. Kalau tak communicate, nanti kerja tak terjalan, atau permintaan kita tak ditunaikan.
Masa aku sekolah, sebenarnya sampai asasi, aku takut nak bercakap dengan orang tua. I fear of hurting them, sebab iyalah ayat-ayat mesti tersusun dan beradab. No matter in real life atau virtually, dua-dua buat aku rasa anxious. Aku nak Whatsapp cikgu pun aku nervous, to the point aku pernah satu kali ni dah taip mesej untuk dihantar kepada seseorang yang lebih tua daripada aku yang aku aku berurusan, tapi aku suruh kawan lain yang tolong tekankan butang 'send' sebab aku tak nak tengok yang the fact that aku bercakap dengan seseorang itu. Sekarang aku tak macam ni lagilah tapi looking back, apa melampau sangat ketakutan aku yang aku pernah ada ni.
I am not an introvert (kot? Screw that.) BUT you don't have to be extrovert for this skill.
2. Aku kena ada banyak tenaga, dan reti urus tenaga.
Yang pastinya, aku tak boleh ADA banyak tenaga tapi TIDAK RETI urus tenaga. Aku rasa kalau aku tak ada banyak tenaga tapi reti urus, tu masih boleh terima kot. Entahlah. Tapi memang penting untuk ada extra tenaga sebab kau akan buat kerja lebih dari pelajar biasa, kau pilih jalan yang majoriti pelajar malas nak lalui.
Kawan-kawan lain boleh balik bilik terus lepas kelas, aku pula lepas habis kelas kena singgah tempat lain untuk hal lain. Orang lain sedang mengulang kaji, aku pula sedang bermesyuarat. Orang lain dikurniakan banyak masa lapang, aku pula dikurniakam dengan banyak komitmen. Aku bersyukur atas komitmen tersebut, cumanya aku harap aku ada tenaga yamg cukup untuk urus mereka.
3. Pengorbanan
Secara umumnya, semua orang ada korbankan sesuatu untuk hidupnya, tanpa mengira dianya pemimpin ke bukan. Ini aku nak bercakap dalam konteks seorang pelajar yang terlibat dengan organisasi lah. Ada masa aku tersangkut antara pilihan. Mana satu nak prioritize. Bila dah dewasa ni, bila ada pilihan diberi, lagi pening dan merunsingkan. Kan bagus kalau aku hanya ada satu pilihan, jadi tak payah serabut aku fikir.
Korbankan masa lapang untuk urusan organisasi. Korbankan masa lapang daripada bersosial dan melepak. Korbankan kehadiran kuliah untuk hal-hal yang bertembung. Itu contoh peribadi. Bagi aku, bukan pengorbanan tu yang sakit. Tapi sakit adalah apabila hasil pengorbanan kau jadi terbazir. Pengorbanan tak dihargai? Depends, kalau penghargaan itu yang aku cari. Pengorbanan yang terbazir lagi sakit kot. "Penat-penat aku korbankan [sesuatu], tapi last-last [benda yang nak tu tak tercapai/terjadi]", monolog aku dalam hati. Inilah bagi aku, pengorbanan yang terbazir.
[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]
Bercakap masa zaman sekolah, sedih sedikitlah sebab tak terpilih, rasa macam tak disukai. Sedikit jelah. Tapi bila fikir balik, memang patut sangat aku terpilih dulu sebab aku rasa tak cukup matang untuk semua ini.
Sekarang pun sebenarnya masih belum matang, tapi kini aku bersiap sedia untuk hadapi semua.
No comments:
Post a Comment