Aku first time guna perkataan 'pemegang taruh' (stakeholders) masa aku sertai pasukan debat universiti. Ya, aku guna dalam hujah sebab ada orang tolong bagi idea untuk isi hujah tanpa aku faham sangat apa maksud kosa kata tu. Usul yang kami bincangkan pada waktu itu, berkaitan dengan pendidikan. Bila aku tanya si pemberi idea tersebut apa maksud perkataan tersebut, dia memberi penjelasan yang kurang aku berpuas hati. Tapi yang aku ingat, dia ada cakap yang ibu bapa dan pelajar pun boleh kira sebagai stakeholders. Aku tak salahkan kawan aku sebab tak reti explain sebab aku pun kadang-kadang bila dah familiar sangat dengan konteks penggunaan perkataan dengan tu, kita sampai dah tak reti nak explain dekat orang dengan cara yang mudah. Takpe, aku cari inisiatif sendiri.
Maka aku pun melayari enjin carian menggunakan istilah bahasa Inggeris. Kawan hari itu explain dalam BM, aku tak faham. Mana tahu bila aku search dalam English, nanti boleh faham. Namun hasil carian aku masih kurang memuaskan aku.
Minggu lepas semasa kelas English for Technical Purposes, kami ada berbincang akan siapa yang akan terkesan seandainya kadar faedah (interest) pinjaman pelajar PTPTN dinaikkan. Kami pelajar menjawab, semestinya ibu bapa dan pelajar sangat terkesan.
Cikgu: How about universities? Are they affected?
Aku: (dalam hati) Tak kot?
Cikgu: Whoever said universities are not affected, you are not a critical thinker.
Aduh. Aku bukan critical thinker nampaknya.
Cikgu aku sambung jelaskan bagaimana universiti boleh terkesan. Kalau faedah PTPTN menaik, pelajar dan ibu bapa rasa terbeban nak bayar balik. Bila mereka rasa terbeban, maka ramai yang pilih bekerja daripada sambung belajar. Bila ramai yang tak nak sambung belajar, kemasukan pelajar universiti berkurang, graduan pun berkurang. Bila kurang graduan dan golongan terpelajar, negara pun boleh terkesan.
Lalu cikgu simpulkan penjelasan dia dengan kata-kata yang indah,
"Students, parents, universities, Malaysia, are what we called as stakeholders.
Stakeholders simply means those who are affected (with one's decision).".
Masa cikgu aku cakap macam tu, aku macam minblown sebab dah jumpa jawapan kepada hidup aku! Kenapalah takde orang cakap awal-awal sebelum ni.
Aku akhiri entri kali ini dengan tafsiran Kamus Bahasa Inggeris dari laman sesawang DBP.
Okay itu je nak cerita. Salam Week 5 semua.



No comments:
Post a Comment