Sebelum tu, aku nak bagitau yang aku sedih sebab...
... Johor kalah! Takpe lah, janji masuk final. Kesian kawan aku yang dok penat-penat pergi Stadium Bukit Jalil tu. Membazir duit untuk bayar minyak jaa. Nasib baik aku tengok bola kat rumah jiran jaa. Hanya membazir tenaga sahaja.
HARI ISNIN, 2 Oktober
Haritu Cikgu Ermi dah bagitau keputusan pertandingan.
Cikgu bagitau awal-awal sebab cikgu kata, cikgu tengok kitorang macam tak serious, sambalewa (betul ke aku eja?). Lepastu cikgu kata, asyik muka yang sama je yang masuk banyak pertandingan. Tapi aku harap cikgu faham dengan budak laki 6C1 yang ada 10 orang je. Harapnya, janganlah cikgu marah 6C1 sebab kitorang malas nak ambil peserta import.
Junior MasterChef, 6C1 dapat no 2.
Bicycle Show, 6C1 dapat no 5.
Okei latu, asalkan TOP 5 laa!
Kitorang 6C1 memang target kalau boleh nak no 1. Tapi kalau takde rezeki, kitorang redha jelah. Asalkan TOP 5, alhamdulillah.
Berlakunya perlawanan bola jaring & bola sepak. Alhamdulillah, dua-dua pasukan 6C1 dapat masuk suku akhir.
HARI SELASA, 3 Oktober
Bola jaring & bola sepak dapat masuk final! Happy!
Bola sepak 6C1 kalah, lawan dengan kelas 6C3.
Bola jaring 6C1 menang, lawan dengan kelas 6C3.
Nampaknya, 6C3 merupakan pesaing 6C1 untuk bergelar JUARA KESELURUHAN.
FAKTA
Untuk pertama kali dalam sejarah, pihak majalah Kuntum datang sekolah!
FAKTA
Untuk pertama kali dalam sejarah, pihak majalah Kuntum datang sekolah!
Dapat majalah percuma edisi bulan Oktober 2014!
Dapat jumpa maskot Si Comel!
HARI RABU, 4 Oktober
Lepas ni, aku nak cerita tentang pertandingan anyaman kertas.
Tapi aku taktau nak cerita pasal apa tentang pertandingan ni sebab masa tu aku ada kat bengkel KH, buat kerja kilang. Lol (aku malas nak bagitau apa yang aku buat kat bengkel sebab takde 'function' kalau aku bagitau)
Pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu pun ada. Pertandingan ni dijalankan serentak dengan pertandingan anyaman. Sekali lagi aku bagitau, aku taktau nak cerita apa tentang pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu ni sebab masatu aku buat kerja kilang.
Entri kali ni macam membosankan sungguh. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang setia membaca setiap perkataan yang terpampang di entri kali ini tanpa melangkau satu perkataan pun.

Inilah hasil anyaman 6C1~
Gambar milik Sir Ariff
Pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu pun ada. Pertandingan ni dijalankan serentak dengan pertandingan anyaman. Sekali lagi aku bagitau, aku taktau nak cerita apa tentang pertandingan melukis pemandangan atas papan kayu ni sebab masatu aku buat kerja kilang.
Ini peserta pertandingan melukis pemandangan di atas papan kayu, tapi bukan dari 6C1. Budak 6C1 punya peserta ada di belakang mereka.
Gambar milik Sir Ariff.
Entri kali ni macam membosankan sungguh. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang setia membaca setiap perkataan yang terpampang di entri kali ini tanpa melangkau satu perkataan pun.
Pada hari Rabu ni, ada berlaku berita baik bagi aku. Apa berita baik tu?
Baca entri seterusnya~
Wassalam.