Sunday, 29 June 2014

1 Ramadhan~

Assalamualaikum ><

Macam mana dengan puasa? Okeii tak?
Lapar? Itu NORMAL~

Allah. Orang yang sedang menaip ini pun lapar jugak.

1 Ramadhan ni, wall Facebook aku penuh kawan-kawan aku buat status 'Laparlah' , 'Nak makan laa' , 'Nak berbuka cepat laa'
Dan sebagainya

Masa bulan puasa ni pun ada kelebihan juga bagi aku.

Bulan Ramadhan ini
Aku BERJAYA mengurangkan tengok televisyen
Kalau aku tengok pun bersebab jugak.
Mungkin nak tengok Jejak Rasul atau Upin & Ipin

Sebab apa aku kurang tengok TV pada bulan Ramadhan ni?
Sebab...

ANNOYING tengok iklan makanan kat TV tulaa.
Macam takde iklan lain nak tunjuk -.-

Satu lagi, aku nak bagitau pasal benda yang popular di kalangan kawan-kawan ku yang darjah 6

Memandangkan esok naik sekolah,
Kami murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan Gerak Gempur 3


KAMI TIDAK TAHU KERTAS APA YANG AKAN KAMI JAWAB ESOK!

Hebat betul. Perkara ni dah jadi trending kat Facebook bagi murid tahun 6. Bagi murid tahun 6 yang taktau pasal benda ni, maaf saya katakan. Anda dikategorikan sebagai 'murid ketinggalan zaman' yaa.

Back to the story.
Tadi, aku, Izzat, Lisa bergaduh
Siapa yang perlu telefon cikgu Sanisah
Untuk bertanyakan tentang jadual ujian esok.

Tetiba, Mairah telefon. Dia suruh aku yang telefon cikgu.
Mak aku pun suruh. Jadi, telefon jelaa.

Teruk betul aku masa telefon cikgu. (-.-) Aku tanya cikgu dengan suara yang panik. Nak tahu cikgu jawab apa masa aku tanya tu?
"Entahlah. Saya pun taktahu juga"

Ayat tersebut berjaya membuatkan aku bertambah panik dan panik. "Habistu, macam mana ni cikgu?" kata saya dengan suara hampir menangis. "Rileks laa. InsyaAllah awak boleh buat" kata cikgu pula.

Aku pun telefon Mairah pasal nak bagitau 'bad news' tu. Apalagi, kitorang berdua panik bersama-sama. Kemudian, aku bagitau kawan-kawan kat Facebook.

Tak perlu diberitahu reaksi dan tindakbalas diorang terhadap rangsangan ataupun boleh dikatakan sebagai 'bad news' tu.

Dan, saya tidak tahu apa yang akan terjadi
Sekiranya kami tidak dapat menjawab kertas ujian dengan baik
Malang menimpa kami.

Hanya bertawakal sahaja, sudah laa. (T^T)



Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
Janganlah kita bermuka muram,
Mari bergembira di bulan Ramadhan.

Pantun 4 kerat yang tak menjadi :P
Wassalam^^

Tuesday, 17 June 2014

SABRINA, What had happened to you?

Assalam. Just wanna tell you a short story.

Today. In 6C1.

Teacher Sanisahwas giving us some advices for GG2 & etc while holding a paper.

After she gave those advices to us, she told about our result which was written on the paper that she held it. Very embrassing! -.-"

And then, she was quiet for some seconds.

Suddenly...

"SABRINA, what had happened to you?!"

Teacher Sanisah said it loudly until my classmates were shocked when they heard that. All my classmates were looking at me. A lot of shame inside of me.

Just cover my face with my 'Modul Hebat Sains UPSR' book.

= Last GG2 test, I had got 5A. For the latest UPPM2 test, I had got 4A1B. The B is my BM Penulisan. Very careless of me.  Entah bagaimana, BM Penulisan boleh dapat B. That's why the teacher told to me so because of my bad result. Nampaknya, lepas ni kena belajar betul-betul for the upcoming GG3 test.

Takpe Sabrina. Never give up. Berusahalah!

Wassalam.

Wednesday, 11 June 2014

6C1 ^^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang musim cuti sekolah.
Adalah kebebasan sementara untuk menulis blog! >_<

Sebenarnya, ini pun cadangan kawan-kawan yang menggila di status aku. -_- Orang sedang serious, boleh pulak komen yang tidak sepatutnya. Mujur masih boleh dikawal *maksudnya, tiada unsur keganasan atau lucah* Terima kasih saya ucapkan. Tepuklah tangan sikit. *tepuk tak ikhlas*



Banyak-banyak komen, ada sebuah komen yang boleh digunapakai. Yang lain, jangan terasa :P



6C1, that's my class.
The awesome class.
The most rare class in Year 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Kenapa 'rare'?
Teruskan membaca.

Kelas yang bakal melakar bejuta-juta memori terindah.

Erkk. Apa yang aku tulis ni?

Di sini aku dapat merasakan,
Betapa susahnya senior-senior tahun lepas
(2013 dan sebelumnya)
Bertungkus-lumus belajar
Untuk mambanggakan ibu bapa, guru-guru
Serta sekolah.

Sepatutnya, kami (6C1 2014) bersyukur belajar di kelas 6C1
Kerana 6C1 hanya satu-satunya kelas yang berpenghawa dingin!
Siapa lah yang tak gembira kalau duduk kat kelas yang ada air-cond, kan?

Dan aku dapat sekelas dengan kawan yang takpernah sekelas dengan aku sepanjang aku bersekolah kat SKKM. Iyalah, kalau dah sekelas mestilah kenal dengan lebih lanjut. Kadang-kadang kalau tak sekelas, maka kenal biasa-biasa la jawabnya.

Kat kelas ini, ada seorang budak ni dia mengajar aku. Dia ajar yang bekas murid kelas belakang macam dia TAK MUSTAHIL untuk kelas 6C1 akhirnya. Percaya tak. Masa darjah 4 dulu dia no 200 kat Kedudukan Dalam Darjah, masa peperiksaan akhir tahun darjah 5 no 40 Kedudukan Dalam Darjah. Dia berjaya mengalahkan lebih 160 orang dalam masa 2 tahun. Masa tu, aku tengah curi nombor IC orang kat belakang kelas sebab takde kerja. Curilah dia punya no IC. Lepastu, tengok kat SAPS. Janji yaa. Tolong rahsiakan, jangan bocorkan. 

Sebenarnya, budak tu taklah mengajar macam cara cikgu ajar. Disebabkan perkara takde kerja, itulah yang terjadi.

Okeii. Lama bercerita. Tukar topik laa.

Kelas 6C1 adalah kelas yang semua muridnya WAJIB mendapat 5A dalam UPSR.

Teringat pulak dengan ayat cikgu Mashaila,
"Sepanjang saya mengajar di SKKM, tak pernah 6C1 dapat 5A dalam UPSR semua sekali"
Rasanya macam tulah ayat cikgu kott.

Takpe, tahun ini. Kami murid 6C1, mahu melakar sejarah!



Wassalam~