Monday, 11 December 2023

soalan default aku kepada senior uni

Aku ada jumpa tiga orang alumni universiti aku dalam tempoh sebulan ni. Tiga-tiganya datang mengunjung untuk beri talk. Masing-masing topik berbeza, dalam program berbeza, pada tarikh berbeza.

Setiap seorang yang aku temui, aku akan tanya soalan ini semasa soal jawab, iaitu:

Apa benda yang tuan paling menyesal buat / tak buat masa zaman belajar?


Senior #1:

Beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan semasa bergelar mahasiswa.

Dia cerita macam mana dia tak boleh masuk finals sebab carrymark tak cukup masa degree. Maka dia pun pergi jumpa lecturer, nak negotiate boleh tak nak masuk peperiksaan. Turns out pensyarah dia beritahu yang total carrymark dia bukannya tak cukup, tapi total carrymark dia sifar. Maka dia pun putuskan untuk repeat jelah subjek tu. Dia sangat terkilan sebabnya rakan sekumpulan yang dia dah get along sejak pengajian diploma, rupanya tak letak nama dalam assignment sedangkan dia dah buat bahagian dia.

Penyesalan dia ialah, dia cerita yang dia ada banyak kenalan dan banyak network masa belajar, hasil daripada join aktiviti itu ini. Tapi silapnya, dia tak keep contact. Jadi pada saat dia memerlukan pertolongan seseorang, orang yang dia nak cari tu tak dapat dijumpai/dihubungi.


Senior #2:

Beliau seorang yang aku assume sangat rajin, sangat bijak, sangat mampu mengurus masa dengan baik masa zaman mahasiswa.

Jawapan dia kepada soalan aku, dia kata the only thing yang dia menyesal is tertinggal dua kelas coding.

Itu je. Itu je?!

Aku pasti semua audiens speechless dengar dia jawab macam tu ya. Dan yang kelakarnya, lecturer yang mengajar senior itu pada waktu itu, pun masih berkhidmat, dan masih mengajar kami coding. Senior tu kata kalau boleh jangan beritahu lecturer tu fasal dia, tapi kalau nak beritahu juga boleh je tapi tak pastilah kalau lecturer tu masih ingat dia ke tak. 


Senior #3: 

Beliau seorang yang sudah lama bersama universiti. 

Dia bercerita sedikit sebanyak zaman di mana universiti ini belum jadi universiti. Ikut sejarahnya, UTHM ni dulu nama lamanya, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Allah, panjangnya nama. Dan kalau bukan sebab sejarah ini, aku tak sedar akan kewujudan istilah 'kolej universiti'. Boleh tekan sini kalau nak tahu beza antara kolej, kolej universiti, dan universiti. Cumanya artikel ni dalam bahasa Inggeris lah. Disebabkan KUiTTHO ni dulu bukan universiti, nak masuk bertanding dan bersaing sesama IPTA, tak lepas. Masa konvokesyen, terpaksa menumpang dewan UTM. Wow, aku baru tahu.

Penyesalan dia ialah, masa zaman mahasiswa, dia mendakwa dirinya tak cukup berani dan selalu sangat merendah-rendahkan diri untuk perkara yang tak sepatutnya. Banyak negative talk pada diri sendiri such as "alaa, aku datang dari keluarga susah", "aku tak reti bahasa Inggeris", seumpamanya. 


Sunday, 26 November 2023

it's fine if you're not the best in the world

Masa kecil, aku jealous dengan child prodigy. Sebenarnya sampai sekarang pun. Child prodigy ini maksudnya, kanak-kanak yang ada kebolehan/pemikiran setara dengan orang dewasa. Contohnya, Adi Putra Abdul Ghani, genius matematik yang mampu menyelesaikan kalkulus sewaktu zaman budaknya. Aku naik tingkatan 4 baru belajar kalkulus. Masa kecil aku getus, mesti best kalau jadi dia. Kecil-kecil dah pandai.

Masa aku sekolah menengah pula, aku ada kawan yang jaguh catur. Berapa kali dia wakil Malaysia, aku pun tak ingat. Tapi aku kagum sangat sebab chess kan banyak pakai otak instead of fizikal. Aku mudah kagum dengan orang yang memaksimumkan penggunaan otak.

Makin aku tua ni, aku sedar—

You don't have to be the best in the world. You can just be the best in your area, and inspire the people around you.

Cuba fikirkan orang-orang hebat di sekeliling anda. I always find educators who did efforts to make their lessons fun, interactive, and understandable by the learners, are the best people. Ada juga orang yang tidak berjawatan, tidak terkenal, malah kawan-kawan sekeliling sendiri. Walaupun tiada anugerah yang mengiktiraf mereka, walaupun mereka sama darjat dengan kita, tapi sebab mereka sangat passionate dengan apa yang mereka lakukan, kita yang menonton pun jadi terinspirasi dengan tindakan mereka.


Tema baju patutnya Arab tapi tersesat pula mak datin dalam majlis ni.


Aku pujuk diri, takpe kalau kau bukan yang terbaik. Asalkan kau buat yang terbaik, dan menjadi seseorang yang lebih baik,

Itu pun dah cukup baik.



Sunday, 5 November 2023

makna 'stakeholders'

Aku first time guna perkataan 'pemegang taruh' (stakeholders) masa aku sertai pasukan debat universiti. Ya, aku guna dalam hujah sebab ada orang tolong bagi idea untuk isi hujah tanpa aku faham sangat apa maksud kosa kata tu. Usul yang kami bincangkan pada waktu itu, berkaitan dengan pendidikan. Bila aku tanya si pemberi idea tersebut apa maksud perkataan tersebut, dia memberi penjelasan yang kurang aku berpuas hati. Tapi yang aku ingat, dia ada cakap yang ibu bapa dan pelajar pun boleh kira sebagai stakeholders. Aku tak salahkan kawan aku sebab tak reti explain sebab aku pun kadang-kadang bila dah familiar sangat dengan konteks penggunaan perkataan dengan tu, kita sampai dah tak reti nak explain dekat orang dengan cara yang mudah. Takpe, aku cari inisiatif sendiri.

Maka aku pun melayari enjin carian menggunakan istilah bahasa Inggeris. Kawan hari itu explain dalam BM, aku tak faham. Mana tahu bila aku search dalam English, nanti boleh faham. Namun hasil carian aku masih kurang memuaskan aku.






Call me stupid or whatever, tapi masa itu aku memang tak faham sangat. Kalau cari istilah Bahasa Melayu yang direct translation, aku akan jumpa pemegang saham, atau pemegang taruh, atau pihak berkepentingan. Pemegang saham bunyinya macam something dalam bisnes, aku tak berminat. Pemegang taruh kedengaran macam 'pemegang kuasa' pada otak aku, ada kaitan dengan raja pemaisuri ke? Kalau pihak berkepentingan, lagilah aku tak faham. Kalau nak kaitkan apa yang kawan aku cakap fasal 'ibu bapa dan pelajar pun boleh dikira pemegang taruh', aku tak nampak celah mana.

Minggu lepas semasa kelas English for Technical Purposes, kami ada berbincang akan siapa yang akan terkesan seandainya kadar faedah (interest) pinjaman pelajar PTPTN dinaikkan. Kami pelajar menjawab, semestinya ibu bapa dan pelajar sangat terkesan.



Cikgu:    How about universities? Are they affected?

Aku:       (dalam hati) Tak kot?

Cikgu:    Whoever said universities are not affected, you are not a critical thinker.


Aduh. Aku bukan critical thinker nampaknya.

Cikgu aku sambung jelaskan bagaimana universiti boleh terkesan. Kalau faedah PTPTN menaik, pelajar dan ibu bapa rasa terbeban nak bayar balik. Bila mereka rasa terbeban, maka ramai yang pilih bekerja daripada sambung belajar. Bila ramai yang tak nak sambung belajar, kemasukan pelajar universiti berkurang, graduan pun berkurang. Bila kurang graduan dan golongan terpelajar, negara pun boleh terkesan.

Lalu cikgu simpulkan penjelasan dia dengan kata-kata yang indah,


"Students, parents, universities, Malaysia, are what we called as stakeholders.
Stakeholders simply means those who are affected (with one's decision).".


Masa cikgu aku cakap macam tu, aku macam minblown sebab dah jumpa jawapan kepada hidup aku! Kenapalah takde orang cakap awal-awal sebelum ni.

Aku akhiri entri kali ini dengan tafsiran Kamus Bahasa Inggeris dari laman sesawang DBP.



Okay itu je nak cerita. Salam Week 5 semua.