+++ fakta menarik yang anda tak perlu tahu pun tapi saya saja nak bagitahu hihi
*yang ditulis dalam kurungan ada lah singkatan yang selalu digunakan dalam kalangan kami, dan sebab saya penat nak taip panjang-panjang.
PENGINAPAN
Biasa: Kolej Keris Mas (KKM) DAN Kolej Pendeta Zaaba (KPZ). Pelajar antarabangsa, mereka mungkin akan menginap di Kolej Ibu Zain (KIZ).
Kami: semuanya menginap di KPZ.
Pada tahun saya, tidak semua pelajar diarah menetap di kolej. Pelajar diberi pilihan untuk kekal menetap di rumah atau menetap di kolej.
TEMUDUGA
Biasa: Temuduga dijalankan.
Kami: Tiada temuduga dijalankan.
Akan tetapi, dikhabarkan bahawa batch selepas saya ni, iaitu, batch sesi 2021/2022, dan juga batch yang akan datang, AKAN ADA TEMUDUGA DIJALANKAN. Maaf tak boleh nak kasi tips temuduga ke apa. Semoga berjaya!
ALIRAN
Biasa: Sains Tulen (Sains) untuk terbuka untuk semua. Kat UPU pun, rasanya takde option nak pilih kursus apa kat section Asasi UKM. Sains Sosial (Sasos) tidak dibuka untuk pelajar luar, hanya terhad untuk pelajar lepasan Kolej Genius Pintar (KGP) sahaja.
Kami: Sains Tulen, kekal terbuka untuk semua. Sains Sosial yang asalnya terhad untuk pelajar KGP, dibuka untuk mana-mana pelajar Sains Tulen yang berminat dengan Sasos.
Haa ni special case je untuk intake tahun ni. Benda ni terjadi sebab pelajar Sasos sedikit sangat, tak sampai sepuluh orang pun, tak macam batch-batch sebelum ni. Jadinya pihak atasan memutuskan untuk menawarkan kelas Sasos kepada budak Sains yang berminat. Dan yang menariknya, sorang je dari Sains yang masuk Sasos, dan masih lagi tak cecah sepuluh orang.
KELAS
Biasa: Kelas face-to-face di Pusat Genius Pintar (Pusat). Ada bas yang akan hantar pelajar dari kolej penginapan ke Pusat, pergi dan balik.
Menurut senior, kalau hari kuliah biasa, kalau korang terlepas bas, jangan risau. Order lah Grab.
Jangan selalu sangat, karang habis duit nanti.
Kami: Online classes untuk kuliah dan lecture biasa. Semua duduk bilik masing-masing di kolej penginapan. Namun, pelajar Sains masih lagi kena pergi Pusat untuk kerja pratikal makmal dan eksperimen pada hari-hari tertentu mengikut SOP yang ditetapkan. Bas disediakan.
Kelas saya, semasa praktikal makmal untuk subjek biologi.
MATA PELAJARAN dan JAM KREDIT
Masih kekal sama. Namun, cara pengiraan gred untuk Purata Nilaian Gred Kumuluatif (PNGK) / Cumulative Grade Point Average (CGPA) mungkin berubah. PNGK = CGPA = pointer.
PELUANG PENGAJIAN SELEPAS ASASI
Yang ini, saya tak mampu nak ulas sangat sebab sangat spesifik dan selalu berubah mengikut tahun. Apa yang korang kena tahu, pelajar Aspi ialah feeder UKM. Apa yang dimaksudkan dengan feeder? Dia macam, pelajar Aspi ni memang dah confirm ada jaminan peluang sambung degree kat UKM. Habistu kalau nak asasi kat UKM tapi nak sambung degree selain UKM, macam mana? Maaf, saya tak boleh jawab sebab saya tak arif hal ini kerana tertakluk kepada keputusan universiti dan kementerian.
TRIVIA:
- Setiap nama batch Aspi bermula dengan huruf A. Ini tradisi ok, jangan break the tradition pulak. Seperti batch saya, nama batch kami Astral.
- Acara tahunan wajib ialah majlis ASASIpintar Movie Premiere. Setiap set (set = kelas) kena cipta short film sendiri, lepastu akan ditayangkan masa majlis tu. Cuma pada tahun saya, malangnya majlis ini tak dapat dilaksanakan.
Sebarang soalan, feel free to drop comments below. Kalau saya tahu, saya jawab. Kalau saya tak tahu, saya tak jawab eh hehe sori.

