Thursday, 21 February 2019

Saturday, 9 February 2019

Thursday, 7 February 2019

peringatan

Aku tahu tak ramai yang masih ikut blog ni.

Aku jugak bukanlah hamba-Nya yang terbaik.

Tapi, jagalah solat rakan-rakan.

Bagi yang tidak tahu, rukun Islam itu ada lima. Solat fardu lima waktu itu rukun Islam yang pertama. Kalau rukun yang pertama tak boleh dibuat, masakan rukun yang lain juga tak dibuat, kan?

Kalau ada yang tertinggal, qadha lah solat tu. Ganti balik sekiranya ada yang ditinggal secara sengaja mahupun tidak. Tambah juga dengan solat taubat sekali jika mampu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

Aku juga solat tidak bagus. Sekadar pesanan semata. 

Mari berusaha menjadi hamba-Nya yang diredhai.