Thursday, 16 July 2015

12 tahun SKKM terus gemilang

12 tahun berlalu, Sekolah Kebangsaan Kota Masai terus gemilang hingga kini.

Aku masuk hari orientasi, dan aku lambat. Aku ditempatkan di kelas E, di mana ditempat hampir semua murid bakal tahun1 yang berasal dari Jalan Cermai keseluruhannya. Hok aloh senang je ujiannya. Macam tadika.

Tahun 2009.
Aku ditempatkan dalam kelas 1C2, singkatan kepada nama kelas 1 Ceria 2. Aku rumah sukan biru. Best friend aku? Puteri Nur Alya. Memang dah best friend dari tadika masatu, jadi takde hal lah. Dalam kelas pun duduk sebelah dia. Kali pertama aku ada kawan bangsa India, namanya Venisri.

Guru kelas Cikgu Hasanah binti Zakaria, ajar BM. English, Nik Nur Azmi. Aku ingat lagi time cikgu suruh Akmal Hakim eja 'brawlers'. Matematik, cikgu Ruhaida. Yang best, kalau dapat math 100% mesti cikgu kasi hadiah. Aku pernah dapat sekali je, lepastu semua 95+ %. Cikgu sains tak ingat pulak sebab haritu tukar cikgu. Yang aku ingat, cikgu Ramsah pernah ajar aku time tu.

Dalam masa setengah tahun macam tu, Puteri kerap tak datang sekolah. Jarang-jarang dia datang. Mula-mula dengar cerita yang dia kena chicken pox, so tak kisah sangat. Lambat laun kemudian, aku dapat tahu yang dia pindah sekolah, tak silap aku dia pindah Pahang. Jadinya masa akhir tahun aku kena duduk sebelah Fatin Izzati, suka sangat suruh aku lukiskan gambar untuk dia.

Waktu tu batch aku paling ramai dalam sekolah. 16 kelas taksilap. Hehe

Tahun 2010
Kelas 2C1, 2 Cekap 1. Ni ingat sangat. Cikgu Rizman yang suruh. Aku kena duduk sebelah lelaki yang kami berdua tak expect kami jiran yang bernama Daniel Farhan. First time kenal macam tu je. Ada satu petang tu, aku balik dari mengaji guna lorong belakang. Ternampak dia tengah main basikal. Cam muka dia, macam pernah nampak tapi tak ingat kat mana. Tahu-tahu je dia ni budak yang duduk sebelah aku.

Zaman ni budak laki conquer. No 1 Zulhafiz, No 3 Farez. Takpasal-pasal kena duduk sebelah budak laki masa hari anugerah.

Teacher Azeeta ada kasi buku koleksi cerita, tapi English lah. Dah nama pun cikgu English kannn. Teacher ada tinggal note dalam buku tu, ditulis guna pen Faber-Castell yang gel punya, dakwat basah berwarna biru, "Dear Sabrina, stay curious always! Knowledge will not acquire you, but you must acquire it"

Kelas kat kabin woo. Bangga jadi pelajar 1C2 tahun 2009 sebab yang masuk 2C1 majoriti dari kelas 1C2.

Tahun 2011
Kelas 3C1, 3 Cerdik 1. Kelas paling banyak drama. aku ingat lagi. Dalam kelas, kanan aku tingkap, kiri aku Amir. Kiri Amir ada Afiqah Ibrahim. Belakang aku Akmal Rizal. Kelas kami special. Suis lampu bukan yang tekan-tekan macam kat kebanyakan kelas lain. Tingkap kelas pun guna kaca jernih. Meja kayu warna biru menyala, besi meja warna puith.Pergh memang hebak ah. Selalu menang kelas terbersih setiap bulan. Kelas dahla aras 2 je, dekat dengan tandas, dekat dengan bilik guru.

Sampai satu masa, kami semua kena tukar kelas dengan kelas 2C14. Sebab salah seorang budak 2C14 ada sakit apa tah tak ingat yang menyebabkan dia takboleh pergi naik tangga tinggi. Maka berubahlah kelas kami. Elok-elok kelas aras 2, kena pindah ke aras 4. Penat woo. Boleh patah kaki. Ada satu bulan tu, kami tak berjaya dapat anugerah kelas terbersih bulanan sebab masatu masih tak biasa dengan 'kelas baru' kami.

Kelas dah tukar,

Guru kelas kami Puan Siti Zarina, mengajar Sains. Comel ^^

Tahun 2012
Kelas kabin lagi haih.kelas 4C1, 4 Cerdas 1. Guru kelas, Cikgu Shahrizal ajar BM. Duduk depan sekali woo, sebelah Faqihah. Nothing interesting to tell, I guess.

Tahun 2013
Happening gak lah. Cikgu Elsie pindah Sarawak. Ganti dengan Miss Fida. Hoho. Memang struggle gila-gila nak mati biar tahun depan dapat 6C1 atas alasan 6C1 ada aircond.

Kelas kami ni pun betukar-tukar gak. Sekejap kat kelas, sekejap kat makmal komputer sebab budak 6C1 nak guna. Masa tu 6C1 kena renovate, ada anai-anai, Faktor anai-anai ialah sebab aircond fyi. Memang kesian gila kat 6C1'13 masa tu.

Last year masuk Kalam Jamaie. First year masuk kempem lalulintas anjuran Shell. Masuk ujian berkomputer dengan Nazhatul Nadhira dari 6C2. Alhamdulillah naib johan. Buat mural sama-sama, sumpah best. Calitan cat hitam dekat baju sukan aku warna kuning masih kekal sampai sekarang.

Kiri aku tingkap. Kanan aku Alina. Belakang aku Faqihah. Depan aku Najwa Suzieyla.
Kiri Alina, Fatin Liyana. Masatu geng aku Alina, Fatin Liyana dengan Aina. Semua dari 4C2, tapi takkisah pun. Lagi satu, Syasya satu kelas.

Tahun 2014
Alhamdulillah, 20+ dari 5C1 yang dapat 6C1 yang selebihnya dari 5C2, 5C3 dan 5C4.
Kelas kami bercat baru, aircond pun tak rosak, yey. Guru kelas, cikgu Sanisah, ibu kepada Zulhafiz. Alhamdulillah pegang jawatan Penolong Ketua Murid. Sebenarnya nak jadi Ketua PRS tapi bukan rezeki. Takpelah. Senior Year woot woot. First time berucap sorang-sorang dengan mike di khalayak ramai atas dorongan Cikgu Mizeyah.

Syasya pindah. Huhu. Duduk sebelah Fadhilah, lepastu pindah duduk tempat Syasya, jadinya duduk sebelah kiri Fatin Irwayu. Kanan Fatin Irwayu pulak ada Fatin Maisarah. Senior year kali ni duk berkepit dengan Fatin Irwayu. Tapi happening lah. Dan pernah satu ketika, Fatin Irwayu digemparkan dengan menjadi murid pertama yang menyertai PCS. Dia pergi PCS Mei-Jun'14, dpat kursus Robotik. Dari dia lah aku tahu macamana pengalaman PCS dan bertekad lain kali nak buat ujian UKM betul-betul biar dapat

Part best, cikgu BM kami cikgu Tusiah. Cikgu BI opkoz Teacher Sanisah. Cikgu Zaharel sebagai cikgu math, cikgu disiplin woo. Actually tak garang mana, dengan 6C1 je dia baik, lagi-lagi dengan aku hehehe. Suka buat lawak dan bercerita dalam kelas. Cikgu sains, cikgu Siti Zarina, yang pernah jadi guru kelas masa 3C1 dulu. Taklah janggal mana. Tapi kesian lah. Semua guru-guru subjek teras 6C1 ni pada masa yang sama juga mengajar kelas 6C14, kelas last dalam batch.

Tahun ni memang betul-betul strunggle punya struggle lah. UPSR kot. Tapi UPSR sumpah gempak plus hebak. Sekolah kami terpaksa buka 3 pusat peperiksaan. Calon ada 547 je. Penyelaras, cikgu Ermi.  Dah nama pun sekolah paling banyak murid di daerah Pasir Gudang ofkoz bangga hehehe tapi cikgu Sanisah kata sebenarnya sekolah kami boleh digelar sekolah paling banyak murid kat dunia. So taktahulah.

Setiap bulan ada ujian. Tambah lagi dengan kelas tambahan. Uish siapa tak stres woo. Lagi-lagi cikgu tahun 6 semua. Nak memastikan anak murid tahun 6 semua. Setiap pagi kami dibekalkan kismis lagi. Tak kira lagi jemputan ceramah dan motivasi haih. Masa UPSR pulak kena ulang kertas hish mana tak stres kami yang tahun 6 ni. Tahun kami memang rare sebab kena ulang kertas huhu. Tapi memori paling best time dah habis UPSR, aku terjerit kecil sampai pengawas peperiksaan dengar, tu pun aku masih ingat. Percaya tak, masa UPSR nilah aku first time makan kurma dan masa tahun 6 nilah aku fiirst time makan kismis.

Time join pertandingan Pasca UPSR sama-sama. Bising sama-sama. Kena marah sama-sama. Belajar sama-sama. Eish panjang betul cerita. Aku taknak cerita panjang lagi dah. Tak tahan.

Aku ingat lagi, hari terakhir ambil kertas ujian SDEA [Sijil Darjah Enam Agama] merupakan hari ambil result UPSR. Yang tak bestnya, ada khidmat SMS untuk tahu result masatu. Seriously aku taksuka khidmat tu sebab nanti macam tak gempak sangat kalau tahu result melalui SMS. Tahu result masa ambil slip lagi best kot. Alhamdulillah 5A ada 36 orang. Tapi 4A1B ramai gila tak terkira. Masatu aku baru nak terfikir nak masuk sekolah mana lepastu. Jujur aku kata masatu taktau nak masuk mana. Sekejap nak bacang, sekejap nak MRSM, sekejap nak SBP, sekejap nak SMKA. Tapi nasib aku tak mohon SBP sebab ayah suruh.


Masuk PCS November-Disember'14 bersama Fatin Irwayu membuatkan aku mengelak daripada mengahdiri temuduga di MRSM dengan SMKA sebab takde transport nak hantar.Dan satu-satunya temuduga yang aku pergi ialah kelayakan ke Kolej PERMATApintar. Aku rasa aku tak dapat sebab masa PCS aku teruk gila kot. Semua coursemate aku pandai. Tapi tak sangka aku dapat. Dan akhirnya aku ditempatkan di sini, Kolej PERMATApintar Negara. New school. New life.

Maaf lari topik. Main point kat sini sebenarnya nak cakap pasal SK Kota Masai. Dah berbulan tak datang sana. Kenapa aku tulis pada tarikh 16 Julai ni? Sebab itu tarikh bersejarah. Di mana SKKM mula beroperasi sejak 12 tahun yang lalu.