Saturday, 3 January 2015

Ini kisah kursus MatematikAlamSemesta~

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti yang diberitahu, aku adalah pelajar kursus Matematik untuk Alam Semesta ataupun singkatannya, MAS.
Sebutannya ialah, M-A-S, bukannya macam korang sebut eMAS.

Ikutkan hati, aku nak masuk kursus Rekacipta atau Robotik. Best sikit. Belajar tanpa buku [rasanyalah] -..- sebab aku memang suka Rekacipta. Ermm, Robotik? Minat sikit kott. Tapi robot memang susah nak jumpa punya pasal, sebab tu kursus Robotik ada dalam 'wishlist' aku supaya aku dapat jumpa & cipta robot!

Takkan aku je yang femes kat blog ni kannn. Jadi, apa kata aku pun nak memperkenalkan semua [insyaAllah] coursemates aku sebab diorang pun nak femes jugak kan? =3


Pelajar perempuan pertama yang aku kenal dalam MAS ialah,


Alisa! (kanan)

Budak MAS panggil dia ratu cantik MAS dan 'sumandak'. She is Sabahan, you knowww. Dia pun banyak 'admires' kat kursus aku, lol. Aku tak sekelas dengan dia sebab aku MAS2 dan dia MAS1. Kalau tak sebab dia suka selfie, mungkin sampai ke hari ni pun aku takkan join orang selfie sebab dia kaki slfie [ayat aku berbelit derr -_-] Nice to meet you, Alisa.

Pelajar perempuan pertama yang tidur sebilik dengan aku ialah,


Azian! (kedua dari kiri, senyum nampak gigi)

Orang Perlis taksilap. Dia tidur dengan aku sebab masatu roommate dia belum sampai lagi, sama dengan aku. Disebabkan bilik kami sebelah-menyebelah, akhirnya Azian tumpang tidur dengan aku masa hari pertama. And her tagline is 'Annyeong!'. Aku taksempat selfie dengan dia sebab dia balik awal. Sadis.

Dan aku masih ingat lagi soalan yang dia tanya aku masa kali pertama perkenalan,
"Awak minat Korea tak?" -_-

This is my fashion consultant, Addina
 

(yang pakai selendang berbunga-bunga, comel kan?)

She is from Kuantan, Pahang. Kali pertama ada kaan yang bernama Addina. Dialah yang duduk sebelah meja aku masa dalam kelas. Dialah orang ketiga yang aku kenal dalam MAS ni. She is expert in English, tak macam aku. Hampeh -,-  Aku teringin nak mahir cakap bahasa Inggeris macam dia T-T Aku kagum [kagum ke? -,-] dengan Addina sebab dia tabah dengan aku yang sometimes over + annoying. Terima kasih Addina. Jasamu dihargai.

http://nuraddinablog.blogspot.com/
Nama blog Addina~ Jemputlah bertandang ya ^^

Pelajar lelaki pertama yang aku kenal dalam MAS ialah,
Aiman

Dia ni Sarawak murtad. Cakap dengan orang guna perkataan 'hang'. Memang tak macam orang Sarawak. Satu-satunya bestie aku kat MAS tapi aku tak sekelas dengan dia weiii. Sadis. Kat PPCS, Aiman jadi popular sebab rambut dia macam Upin. That's why dia selalu pakai topi. Kenapa rambut dia macam Upin? Aku tahu ceritanya, tapi malaslah nak tulis. Lagipun, nanti dia marah aku rasanya
 -,-

Kamal

(Kamal + Alisa = idk)

Budak paling annoying + hyper kat kelas. Dia budak lelaki kedua yang aku ingat nama selepas Aiman. Sebab muka dia HAMPIR SAMA dengan muka kawan aku yang kat Perak, lol. Dan nama dia senang nak ingat sebab aku takpernah ada lagi kawan yang ada nama macam dia. Kalau boleh, aku taknak bekerjasama dengan dia dalam kumpulan -,- boleh stres weiii. Pengkritik tegar.

Amin
Kami panggil dia uztazzzzz. Something yang aku suka pasal behaviour dia, dia tak kata HARSH WORDS. Untung orang yang sama kumpulan dengan Amin ni sebab dia memang bertanggungjawab dalam sesuatu kumpulan. Kalau dah sama kumpulan dengan dia, jangan pulak goyang kaki...

... macam aku.

Huda
Budak pendek kat MAS rasanya. Aku ni boleh dikatakan rapat lah jugak dengan dia ni. Muka pun comel, bolehlaaa. Rasanya budak KL ni. Dialah yang jadi pemandu pelancong aku masa lawatan kat Suria KLCC [betulke aku eja? sebab aku bukan orang KL]. Ragam dia macam adik aku -,- Jadi best lah jugak berkawan dengan dia ni.

Hanis
Aku ingat lagi, dia kata aku bajet baik masa aku terlepas cakap perkataan yang tak elok bagi aku masa tu. Dia ni sporting lah jugak. Kami ejek dia Hanistar n Buzz Lighter [sepatutnya Buzz Lightyear -..-]. Dia kata, aku marah sambil senyum. Aku macam tak percaya pun ada. Kawan-kawan, kalau saya pernah marah kalian, adakah saya sambil tersenyum? -,-

Fatimah

(yang pegang gunting tuuu)

Sekepala dengan Azian = minat Korea. Aku tak rapat sangat dengan dia ni. Yang aku ingat, dia ni berdarah kacukan. Kacukan mana? Jerman laaa. Fatimah, harapnya kau takkisah sebab aku tulis pasal kau kat sini -,-

Azim

(aku rasa aku takperlu bagitahu mana satu Azim)

Budak ni senang nak kenal dan ingat sebab dia selalu pakai songkok. Haritu ada pertandingan azan, dia dapat nombor 2 weii ._. Unbelievable betul masatu. Dia selalu jadi suspek utama atau mangsa aku kalau main 'silent killer' ataupun 'werewolf'. Tapi masa main 'saboteur', aku lupa nak jadikan dia sebagai suspek utama aku. Akhirnya dia berjaya sabotaj kumpulan aku -,-

Melissa
Nama sebenar dia ialah Nur Rifhany Melissa. Kinda weird name but unique bagi aku. Masa first time kenal, dia pendiam. Tapi lama-lama dia dah bising dan banyak cakap lah jugak. Dia ni jiran sebelah bilik aku, roommate Azian n Addina. Kaki selfie. Budak hot kat sekolah dia, rasanyalah -,-

Athirah
Dia ni rapat dengan Huda because they're roommate. Aku pernah dua kali tidur kat bilik dia sebab masa tu roommate dia takde masatu, pi temuduga. Jadi aku temankan lah dia. Aku ingat lagi, masa dia tanya soalan gila kat aku.

"Sabrina, boleh saya tanya satu soalan dekat awak?"
"Tanyalah"
"Saya tak fahamlah. Sebenarnya awak suka Kamal ke Syahmi?"
" -_- Awak rasa?"
"Saya rasa awak suka Syahmi"

Kita masih mudaaa. Buat apa nak bercinta, rasa macam orang tua pun ada -_-

Syahmi
Dia orang Johor, sama dengan aku. Daerah je lain. Dia ni schoolmate kepada roommate aku, Teha atau pun dikenali sebagai Fatihah. Nanti aku ceritakan pasal Teha ya, sebab sekarang aku nak cerita pasal Syahmi.

Syahmi, budak lelaki paling blur yang pernah aku jumpa kat MAS. Kalau cakap dengan dia, rasa macam line telefon tak clear. Tapi sometimes, ada lah line tu clear sekejap -,- Masa Talentim, dia kena jadi suami Alisa xD Siyes kelakar.

Azrina
Budak KL rasanya. Dia tahu banyak perkara daripada aku. Dia pun pandai menipu sunat. Contohnya, masa aku dah habis kasi 'ceramah' aku masa pertandingan Uztazah Pilihan, dia kata aku dah buat yang terbaik WALAUPUN hakikatnya tazkirah yang disampaikan oleh aku boleh mencalonkan aku untuk menperoleh nombor satu dari belakang -,- Lagi satu, dia pernah berkomplot untuk prank aku
 -_-

Munir

(pls rujuk kat gambar Addina. Munir si berkaca mata yaa)

Dia tahu banyak perkara daripada aku. Contohnya, dia tahu cakap bahasa Cina. Dialah yang terangkan aku pasal 'Five Nights at Freddy's'. Siap diberitahu sekali jalan cerita game tu n watak-watak dia. He told me who is Freddy. Dan kalau boleh, aku taknak ingat horror game tu. Menakutkan betul.

Syazana
Periang gilaaa. Kami semua senang berkawan dengan Syaza ni. Tembam dan comel. Gila-gila lah jugak. Dia orang pertama yang menonton video MAS yang aku buat sendiri. Yang sedihnya, dia tengok separuh je sebab tak sempat punya pasal. Orang Merlimau, Melaka. Kelas MAS1.

Uwais
Aku anggap dialah budak paling pandai kat kelas MAS2 -,- Taktahu lah kenapa. Part yang tak best pasal dia ni, bila kita satu kumpulan dengan dia. Rasa macam, AAAAAAAAAAHHH! [bagi akulah]. Sometimes aku rasa dia macam bertanggungjawab. Sometimes aku rasa dia macam tak beri kerjasama. Lagipun, aku takrapat dengan Uwais pun. Aku pun lupa camna perangai dia.

Sin Yi
Satu-satunya perempuan Cina kat MAS. Berkaca mata. Mula-mula kenal, pendiam sungguh. Lama-lama, mulalah tunjuk nakal. Tarik beg orang adalah salah satunya. Paling kerap, dia suka ambil gambar orang, lagi-lagi yang candid. Jadi, kami yang perempuan kena berjaga-jaga dengan dia supaya tak diambil gambar. Ataupun kami kena selalu control ayu lah jawabnya -,-

Fitri

(Fitri + Addina = idk)

Dari Johor. Aku takfaham betul dengan dia ni. Pendiam dan serious betul. Jarang kasi respon kalau ditanya. Jarang senyum jugak. Kalau beruntung, dapatlah tengok senyuman dia yang mahal-lah-sangat tu. Pasal kerja berumpulan, dia ni okei sikit kot. Dia kasi cadangan sikit-sikit je. Masa aku kumpulan dengan dia, dialah tukang jaga henfon supaya tak berkelip-kelip. Kalau tak, terpaksalah aku kena mintak pasword yang sangat complicated [betul ke aku eja?] daripada tuan punya henfon.

Ain
Dia ni pernah join kursus Robotik masa PPCS sebelumnya. Jeles weii. Dia ni baik hati. Aku pernah pinjam komik dari dia dan aku pinjamkan dia novel PTS aku. Aku takrapat dengan dia. Tapi dia ni jenis okei lah jugak. Dari Pahang taksilap.

Mustaqim.
Gomo Kelate Gomo. Suka perasan femes. Dia sendiri yang gelarkan diri dia 'budak femes'. Dan aku ejek dia 'budak gila glamor' -,- Aku taktahu lah, best sangat ke jadi femes? [hakikatnya, aku memang nak jadi femes kat PPCS tapi tak kesampaian, kahkahkah]. Sporting lah jugak. Cakap pasal 'budak gila glamor', aku teringat dengan Cikgu Sanisah yang kasi gelaran kat aku 'budak gila kuasa' -_-

Aleeya
Sporting lah jugak. Tapi aku tak rapat dengan dia lah -,- Kaki selfie~

Raymand
Tak silap aku, dia pun orang Johor jugak. Budak ni mejadi kegilaan ramai perempuan sampaikan ada sorang budak perempuan dari kursus Penaakulan Mantik mintak nombor telefon Raymand kat aku
-_- Aku pun pernah digosipkan dengan Raymand ni, aku sendiri pun pelik. Nasib baik gosip tu sekejap je dan tak tahan lama -_- Kalau lama, aku mungkin akan tukar identiti.

Nadiah

(no caption xD)

Sekarang dia kat Dubai weiii. Aku rasalah, dia anak orang kayaaa, hahah. Tarikh lahir dia senang gila nak ingat, 2 bulan Februari tahun 2002 = 2/2/2002. Aku tak rapat dengan dia lah. Dengar cerita, dia pernah sekolah kat Indonesia dengan Arab. Fuiyooo. Nad, aku jeles dengan kau weiii.

Hong Hei
Mula-mula, nampak macam pendiam. Lama-lama, dia dah jadi nakal sudahhh. Aku ingat lagi, masa cikgu kasi peluang kat kitorang untuk request lagu, dia pi request lagu ABC SONG. Mana tak lawak nya. ROFL weiii. Kalau sama kumpulan dengan dia, rasa macam annoying gila pun. Sabar jelah.

Ikhwan
Ohmaigawd. 'Anak' aku sendiri pun aku boleh terlupa dah. Ikhwan ni pendiam sangat, sampai aku terlupa nak tulis pasal dia. Adoyai. Definisi 'anak' tu sebenarnya dia pernah lakonkan watak anak kepada saya. Maksudnya, saya ibu [ibu tiri, lol]

Disebabkan 'anak-anak' saya [saya ada dua 'anak', saya taknak memperkenalkan sorang lagi sebab dia 'anak derhaka', lol] menyanyi lagu iklan Adabi tahun 90-an, akhirnya saya yang diejek dengan gelaran A D A B I -_-

Korang nak tahu, aku tulis entri ni hampir 2 jam tau -_- Demi korang, aku sanggup buat. Janji dengan Syaza nak buat entri baru punya pasal, terpakalah aku tunaikan janji. Sorry tak semua gambar ada. Aku janji lepas ni aku akan masukkan gambar korang sebelum 8hb. Nanti bolehlah korang checkupbaik samada gambar yang aku pilih tu comel n kacak ke tidak.

p/s = To my coursemates, yang namanya ada ditulis di atas, pls hantar gambar favourite korang. Pastikan gambar yang diambil tu, lokasinya kat PPCS, bukan kat tempat lain. Send kat whatsapp ya. Kalau tak send, nanti aku pilih gambar random je. Jangan marah~

Kalau ada typo, tolong inform ya.

Yang baikhati-lah-sangat,
Nurina Annas a.k.a Sabrina.

Wassalam.