Wednesday, 22 October 2014

1/2 FREEDOM

Bismillahirrahmanirrahim

H, Ho, Hol, Holi, Holid, Holida, Holiday.

Aku rasa BEBAS. Aku rasa BEBAS. Aku rasa BEBAS!



UPSR dah lepas wehh!
Gembira? Mestilah! Harapnya takde UPSR versi ke-3 dan seterusnya -..-

FAKTA
Ini insiden hari terakhir UPSR versi ke-2. Tarikh, 30 September. Selepas aku keluar dari dewan peperiksaan (dewan ke? hurmm, setahu aku tempat aku ambil periksa tu tak macam dewan dan lebih kepada 'bilik' sebab tempat aku ambil periksa tu dalam kelas) , aku terjerit kecil. "UPSR dah habis! Bestnyaaa!" Aku terjerit sampai kawan yang se-bilik (ataupun sama pusat peperiksaan) tu cuit aku.

Nasib baik cikgu tak marah. LAGI bernasib baik aku takbawak tepung masa insiden tu.

Lepas kami (murid tahun 6 a.k.a. calon UPSR) berkumpul kat Sanggar Ilmu, cikgu suruh berkumpul kat dataran [atau lebih dikenali sebagai Persada Perpaduan]. Nak buat apa?


Selfie~
 By Cikgu Faiz. Kesian muka cikgu takdapat ditangkap oleh kamera 100% sebab kalau seluruh muka cikgu yang nampak maka takdapat lah kita melihat keseluruhan murid SKKM.

Satu lagi, tempat cikgu ber-selfie tu AMAT BERISIKO kerana cikgu mengambil 'selfie' tersebut di koridor.



Ini 'time' serious punya. Semua orang kena berdiri tegak dan takboleh buat sebarang gaya. Lenguh leher kena dongak ke atas jaa. Huhuhu.




Masa yang dinanti-nantikan. Kat gambar ni semua orang buat gaya bebas. Kau nak lindung kepala ke, nak lompat terkinja-kinja macam orang gila ke, buat tanduk kat kawan ke, kiranya semua gaya diterima. Tapi harapnya, jangan melampau sangat ye.

Kalau nak cari gambar saya, saya orang ketiga yang memakai baju berwarna ungu dari sebelah kanan. Cari kat gambar yang kedua tu warna bajunya 'clear' sikit. Tapi muka taknampak lah. Heheh.

Tak jumpa gambar saya? Padan muka!

FAKTA
Sebenarnya, bilangan asal murid tahun 6 SKKM (kali terakhir dikira semasa Ujian Percubaan UPSR) ialah 594 murid.
Tapi, berdasarkan status Facebook cikgu Faiz mengatakan bahawa 574 calon UPSR (dari SKKM) menunggu keputusan UPSR.

Jadi, mana hilangnya 20 orang murid Tahun 6? Takkanlah begitu ketara bilangan murid tahun 6 SKKM yang pindah sekolah? Saya pun taktahu. Wallahualam.



Mari tukar topik. Apa yang dimaksudkan dengan 1/2 FREEDOM?
Oh, sebab aku belum lepas ujian Sijil Darjah Enam Agama a.k.a. SDEA lagi. Bulan November kena tunggu. Sabar, sabar~

Waiting for 26 November 2014
(Hari Pengumuman Keputusan UPSR)

Filem: Hari Pengumuman Keputusan UPSR 2014
Tarikh: 26 November 2014
Pelakon: Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR serta ibubapa   atau penjaga & guru-guru.
Lokasi: Dewan setiap sekolah kebangsaan.
Penerbit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Wassalam. Jangan lupa untuk menonton filem tu~