Thursday, 24 July 2014

Minggu selepas TRIAL~

Bismillahirrahmanirrahim.

Apapun, minggu ni memang kami (6C1) berhibur habisss! Sebab apa? Kami dah lepas TRIAL yang menggerunkan lagi menyeramkan itu! Just waiting for our paper test! Happy weyyy!

Paling aku ingat masa hari Isnin, 21/7/2014

Pada hari Ahadnya, aku dah belajar beberapa pelajaran berkaitan kebersihan dan bla bla bla sebagai persediaan menghadapi ujian esok. Aku baru je lepas TRIAL, dah kena jawab ujian balik -.-" Contohnya, cara nak cegah denggi, cara cuci tangan dengan betul, cara bantu mangsa yang tercekik, dan yang paling BEST *lah sangat* ialah CPR. Lol. Best kaa? Aku tengok demo nya je dah geli-gelaman. Apapun, CPR tetap berguna masa kecemasan.


Hari Isnin, Doktor Muda Cemerlang akan menjalani ujian bertulis dan AMALI. Okei, ujian AMALI tu dikira ujian paling 'annoying' dalam hidup aku setakat ni. -_- Kalau aku jadi Doktor Muda Harapan, jawab ujian bertulis je. Takyah jawab amali.

Sabrina, berhenti membebel!

Kembali kepada topik. Kami DMC akan jawab ujian bertulis terlebih dahulu.Yang paling dahsyat, aku budak yang paling pandai kat sekolah *perasan!* merupakan murid yang paling lambat menjawab ujian bertulis. Aku pelik dengan kawan-kawan aku, jawab cepat sangat. Aku rasa mesti diorang banyak tembak je soalan. Tak macam aku, aku kan teliti orangnya. *nampak sangat masuk bakul angkat sendiri! Kalau teliti punm asal kau banyak salah kat jadual kat section B English Paper 2?* *marah diri sendiri*

Ni aku masuk cerita pasal ujian amali pulak. Ada 3 soalan, kita kena pilih salah satu. Antara CPR *jangan harap aku nak pilih*, Tercekik *sederhana susah*, Patah jari *ini paling senang. Tapi masa cikgu ajar haritu, aku tak dapat nak fokus sebab Farez ganggu aku*

So, aku pilih TERCEKIK jelaa.

Nervous weyy. Sampaikan aku lupa langkah pertama = CUBA BERINTERAKSI DENGAN MANGSA. Gementar punya pasal, aku terus 'direct' kepada tindakan -.-" Aku jamin, aku mesti kena tolak markah dengan cikgu.

Kitorang DMCemerlang dan DMHarapan habis ujian masa lepas rehat. Memandangkan kami DMC semua 6C1 menuju masuk kelas bersama-sama. Masa tu nak masuk subjek

Okeii, bersedia semua. Ni nak masuk 'part' yang 'happy' ni. Heheheh.

Aku ni jenis 'slow' sikit. Jawab ujian lambat, masuk kelas pun lambat. Aku lupa yang aku fikrkan masa tu. Normal lah bagi aku. Kalau aku fikir sesuatu masa berjalan, nanti mesti aku berjalan lambat.

Kawan-kawan aku semua dah masuk kelas. Apalagi, aku pun melangkah masuk kelas. Mula-mula aku tak dengar pun apa-apa dari kawan-kawan aku yang kat kelas. Setibanya aku langkah masuk kelas jeee, tetiba suasana jadi riuh-rendah. Aku ingat cikgu takde dalam kelas. Nak aje aku marah diorang kenapa bising dalam kelas.

Punchline. Ayat yang terakhir kat perenggan di atas tu hanyalah rekaan sahaja :P

Sambung balik. Fikiran aku menyeleweng daripada yang sepatutnya. Aku tak perasan pun ada cikgu kat depan. Kawan-kawan aku yang dalam kelas semua tepuk tangan. Jadi, aku buat je muka macam takde apa yang berlaku :P Betullah, aku langsung taktahu apa yang terjadi sebenarnya.

Berjalan seperti orang normal je. Berjalan menuju ke tempat aku. Ada kertas ujian TRIAL Sains atas meja aku.


Aku tengok je. Baru aku tahu kenapa kawan-kawan aku tepuk tangan tadi.

Korang boleh agak kan, apa yang terjadi sebenarnya.
Kalau tak dapat 'catch-up', meh sini aku beritahu.

Aku dapat HIGHEST MARK!

Aku saja je cakap dengan cikgu Sains aku yang aku salah kertas :P Tak pernah-pernah aku dapat HIGHEST MARK dalam Sains. Kawan-kawan yang dah lama berkawan dengan aku pun tahu subjek yang paling aku tak suka = SAINS. Aku pun tak pasti kenapa aku tak suka *bukan benci okeii* subjek alah tu.

Fakta, aku lebih suka MATEMATIK berbanding SAINS.
*sekali baca, macam ayat inferens*

Dan yang sadis, Matematik aku bukannya 'highscore' pun. Pelik jugak aku. Markah Sains mengalahkan Matematik. Hebat, hebat!

Alhamdulillah. Aku dapat 'highest mark' dalam Sains! :D

Habis masa Sains, masa apa, aku pun tak ingat. Tapi yang pasti, aku belajar. -_-

And then, tetiba cikgu Sains aku masuk kelas lalu panggil aku, Farez, Eliani dan Fatin Maisarah. Rupanya, ada pelawat datang. Kitotang perlu ditemuduga untuk ujian PeKa. Aku tanya cikgu, kenapa pilih kami berempat. Cikgu jawab, sebab kitorang jenis taktau malu *lebih kurang macam tu*

Aku jawab ringkas je masa pelawat tu tanya. Iyalah, kalau panjang-panjang takut mengarut jadinya. Pelawat tu memang 'terror', sampai kan dia tanya soalan yang senang bagi kawan aku, susah bagi aku = soalan berkaitan geseran. Main belasah, akhirnya salah. Nasib baik pelawat tu baik, jadinya dia tolong betulkan :3

Sehari suntuk aku tak masuk kelas untuk belajar. Kebanyakan masa aku diluangkan untul aktiviti luar. Kecuali aku belajar masa subjek Sains dengan kelas bombastik selepas habis waktu persekolahan. Sabar betul.

Saya akhiri entri ini dengan
Wassalam.

//entri kali ini lari dari tajuk eaa?

Thursday, 10 July 2014

My BIRTHDAY

Bismillahirahmanirrahim

Sebenarnya, aku pun lupa yang semalam hari lahir aku
-.-"

Let us #throwback together ^^

Kat sekolah kebangsaan, akulah yang paling beria nak sambut har lahir sendiri
Seperti contoh di bawah,

//how I remind my friend about my birthday
Me - Wana, hari ni hari apa?
Wana - Mestilah hari Rabu.
Me - Jawapan tu salah.
Wana - Ehh, betullah. Habistu, hari ni hari apa?
Me - Hari jadi saya lah.
Wana - HAPPY BIRTHDAY, SABRINA!

Aku paling gembira kalau dengar ayat yang terakhir tu. Heheheheh.


Sejujurnya, saya TIDAK TAHU 'how to enjoy someone's birthday with friends'

Okeii. Let me tell you how I enjoy or celebrate my birthday with my friendsss
At sekolah agama, not sekolah kebangsaan.

Anisha + Wanabila + Afiqah + Syifa + Me = Perang TUDUNG!
Or else, we call it as 'main tarik-tarik tudung'.

Biasanya, budak perempuan je yang main benda alah ni.
Betul apaa. Takkan lah lelaki main tarik tudung pula.
Nampak sangat menipu. Lelaki mana ada pakai tudung.
Melainkan kalau lelaki yang tarik tudung perempuan -_- *annoying

Tahun ni, memang pertama kali sambut birthday dengan tidak seberapa meriah.
Yang penting, ENJOY!

Tak ramai pun yang wish birthday kat aku walaupun aku ini POPULAR di sekolah.
*terserlah ke-perasan-an-nya di situ. Heheh.

Hadiah? Dikira ada lah jugak yang baik hati dengan aku :P Janji ada orang beri hadiah, kita bersyukur. Daripada tak dapat, kan?

Tengah-tengah hepi-hepi pun, aku sedih jugak.
Because I am unsastified with my GG3 result. Even orang anggap result aku 'tak-teruk-lah-sangat.'
Aku tetap tak puas hati, sebab tak capai misi yang terukir di mimpi.
Kalau ikutkan, aku lebih merosot daripada UPPM2 yang lepas.

NEW BAD NEWS! [berita buruk terkini]
Next week, we will had our Trial Examination.
So?
I did not need to tell you because, I know that you know what I am feeling now.

TIDAK! TIDAK! TIDAK!

Cepat sungguh masa berlalu. Aku pun rasa tak puas lagi apa yang aku belajar sebelum ini.
Nak aja panggil Doraemon, biar tolong aku putar masa. Hahah.
Tetapi itu MUSTAHIL. MUSTAHIL. MUSTAHIL. o.o

Okeii. Wassalam. [takut sebab TRIAL nanti]